The King Romance: 24

12.4K 618 229
                                    




Alara sedar dari tidur yang lama. Tangannya meraba-raba pada sesuatu yang sedang dipeluk olehnya. Keras semacam aje benda yang dia peluk ini.

Alara cuba melihat dengan jelas seraut wajah yang amat dekat dengannya. Matanya dicelikkan untuk melawan sisa mamai.

'Adriel.'

Kejap...

Alara mengangkat muka sedikit. Dilihat jelas wajah Raja Adriel yang nyenyak tidur dengan sebelah tangan memeluk tubuhnya dan sebelah tangan lagi diletakkan di belakang kepala. Dan dia pula, bukan main erat meletakkan tangan di atas dada bidang Raja Adriel.

Alara blur sekejap. Dia yang masih kuasai rasa mengantuk cuba untuk memerah otak dengan apa yang berlaku semalam. Dan sesaat kemudian, Alara membulatkan mulut apabila dia sudah ingat dengan jelas.

"Omg! Takkan aku ngigau lagi kot naik atas katil ni." Alara menepuk dahi sendiri.

Punyalah dia yakin semalam dengan mengeluarkan kata bahawa dia cuma akan tidur di sofa. Eh, elok pula dia tidur di atas katil dengan pakej memeluk Raja Adriel lagi. Malu gilerrrr.

Alara laju mengalihkan tangannya dari dada Raja Adriel, baik dia cepat-cepat selamatkan diri sebelum Raja Adriel sedar dari tidur. Mahunya teruk dia kena maki lagi.

Alara yang hendak turun dari katil itu terkejut dengan bunyi deringan dari Iphonenya. Alara menoleh pada Iphone yang diletakkan di meja sisi katil sebelah Raja Adriel.

"Aduh, kenapa phone aku duk belah sana pula?" Rungut Alara.

Alara pantas mencapai Iphonenya yang bingit minta dijawab itu. Dia mendekati Raja Adriel dan dia cuba menahan diri agar tubuhnya tidak bersentuh tubuh Raja Adriel ketika tangan panjangnya mencapai Iphone di meja. Dia perlu menghentikan bunyi itu sebelum Raja Adriel sedar dari tidur.

"Hello..." Alara pantas menjawab.

"Hello, Lara... apa yang lambat sangat kau nak jawab call ni?" Fariha menghambur di hujung talian.

"Ish kau, janganlah cakap kuat-kuat..." Ucap Alara perlahan. "Haa ada apa kau call aku pagi-pagi buta ni?"

"Oi cik kak, kalau nak call kau sekarang ni kena ada jadual ke? Oh lupa... dah kahwin... mesti sekarang aku ganggu kau kan? Ke kau atas katil lagi ke dengan suami kau? Haaa, mesti tidur berpeluk kan..." Terdengar tawa Fariha yang sakan mengusik.

"Kau ni, cakap tu berlapik lah sikit... haa kenapa? Bagitaulah, ada pape ke kau call ni?"

"Ha'ah... aku nak inform, manager nak jumpa kau hari ni. Immediately call time." Maklum Fariha.

Alara yang mendengar itu sudah cuak. Memang terus dia menyelak selimut dari tubuhnya.

"Seriouslah? Kk- kk- kenapa? Dia ada cakap tak kenapa nak jumpa aku?"

"Takde... tapi macam ada something off aje. Baik kau bangun bersiap cepat, Lara..."

"Okay... okay... aku bersiap sekarang jugak. Ni... kau pergilah office dulu. Cover aku kejap. Dalam setengah jam, aku sampai."

Alara terus mematikan talian. Dia sudah kalut habis. Fikirannya juga sudah tidak tenteram. Alara ingin lompat terjun dari katil tapi perbuatannya itu menyedarkan Raja Adriel. Ini mesti kerana terlalu banyak gerakan di atas katil. Itu yang Raja Adriel bangun dan menggeliatkan tubuhnya.

Alara yang masih dihantui rasa malu pantas menarik selimut kembali dan menutup seluruh wajahnya. Dia ingin menyorok sekejap dari bertembung mata dengan Raja Adriel.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now