The King Romance: 22

12.7K 583 142
                                    

Alara tersedar dari tidur. Terpisat-pisat dia menggosok mata. Tangannya cuba mencapai telefon untuk melihat waktu jam. Dia meraba-raba di meja sebelah katil. Alara menarik Iphone, dia melihat skrin leper yang telah menunjukkan pukul 7:30 pagi. Alara cuba untuk menyambung tidur kembali namun dia melihat semula Iphone di tangan.

'Kejap... ini bukan phone aku ni.'

Alara mengamati Iphone itu sehinggalah dia terlepas Iphone ke tilam. Dia melihat sekeliling bilik. Ini bukan juga bilik dia. Dan matanya kemudian melihat satu tubuh yang sedang tidur di sofa tidak jauh darinya.

Mulut Alara membulat apabila dia teringat bahawa dia berada di bilik Raja Adriel.

'Oh god, macam mana aku boleh tertidur dekat bilik ni?'

Alara lompat terjun dari katil. Punya lena dia tidur, sampaikan dia berniat untuk menyambung tidur kembali tapi dia lupa, dia berada di rumah keluarga Raja Adriel sekarang.

'Aduh... Alara. Kau dah kahwin, Lara... buat perangailah bangun lambat.'

Alara segera ke bilik air. Dia perlu mandi. Beberapa minit kemudian, Alara keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban. Sempat dia menjengah kepala melihat Raja Adriel yang masih tidur.

Alara berfikir-fikir hendak meminjam baju Raja Adriel lagi namun tiba-tiba matanya menangkap sebuah luggage yang terletak di tepi almari. Alara berkerut seketika.

'Bila masa pulak ada luggage aku dekat sini? Takkan lah luggage ni datang sendiri?'

Alara lantas membuka luggage tersebut. Lengkap isi dalam luggage dengan pakaian-pakaian dan keperluannya. Wah, bagusnya. Inilah yang dipanggil luggage ajaib. He he he.

Alara terus menyarungkan dress labuh cotton bercorak bunga halus pastel dan merapikan dirinya. Dia ingin keluar dari bilik itu. Risau nanti dituduh sengaja nak tidur sebilik dengan Raja Adriel pula.

Alara sempat memberhentikan langkah saat melintasi sofa di mana tempat Raja Adriel tidur. Dia menghampiri Raja Adriel. Wajah kacak Raja Adriel ditatap seketika.

"Eeiii kau ni kan. Nasib kau handsome tau. Kalau tak, muka kau yang aku balut dalam selimut semalam dan campak ke Zimbabwe atau Somalia. Huhh..." Rengus Alara.

Alara yang hendak berura-ura meninggalkan bilik itu terasa tangannya dipegang kuat. Alara menoleh semula ke belakang.

"Apa kau cakap? Aku handsome? Seriouslah, aku handsome?" Raja Adriel bersuara.

Alara terkedu melihat senyuman sinis Raja Adriel itu. Menganjing habis.

Raja Adriel bangkit dari baring. Dia melihat Alara yang sudah cantik bersiap di depannya. Sempat hidungnya menangkap bau wangi yang datang dari tubuh Alara. Pagi-pagi dia dah dihidangkan dengan bau, kecantikan dan pujian dari Alara. Indah sungguh pagi-pagi kalau seperti ini.

"Bila I cakap you handsome? You mimpi kot tadi..." Dalih Alara.

"Yeke aku mimpi? Kalau macam tu... seram betul mimpi aku bila ada sorang perempuan nak balut aku jugak dalam selimut dan campak aku ke Zimbabwe atau Somalia." Perli Raja Adriel.

Alara kelu. Dia tidak menyangka Raja Adriel mendengar apa yang diucapnya tadi. Ah, malunya.

"Oh... then kenapa bagitau I? I tak nak tahu pun mimpi you..."

"Saja nak bagitau. Kot kau kenal ke perempuan tu? Berani dia cakap macam tu dekat aku, memang tak sayang mulut."

Alara terdiam. Baik dia jangan membalas. Kalau tak, teruk dia kena nanti. Alara ingin memusingkan badannya namun terasa tangannya masih dipegang Raja Adriel.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now