The King Romance: 14

9.6K 590 155
                                    

Beberapa hari kemudian, Alara mula menghadiri acara event yang dianjurkan oleh jenama terkenal dunia, Lancome. Rata-rata peminat setia menunggu Alara dari awal event berlangsung sehinggalah habis. Mereka teruja untuk bertemu Alara secara depan-depan.

"Alara! Alara! We love you!" Jerit para peminat apabila Alara keluar dari event space. Kuat mereka menjerit melihat selebriti terkenal itu melambaikan tangan pada mereka.

Alara tidak lekang dengan senyuman. Dia memandang peminat yang tidak henti-henti memanggil namanya. Padu sungguh sorakan yang diberikan untuknya. Syukur apabila dirinya dihargai dan diterima ramai.

Alara berhenti sekejap untuk bergambar dengan peminat-peminat bertuah.

"Omg Alara! I suka gila dengan you. Lakonan you sangat pure." Ujar peminat pertama.

"Alara... you cantik betul dan you sangat merendah diri. You're my idol." Peminat kedua pula memuji.

"Alara Sophia... terima kasih sebab sudi untuk bergambar dengan saya. Ni antara kenangan manis yang saya akan kenang sampai bila-bila." Peminat ketiga sudah sebak dengan kesudian Alara memeluk dirinya ketika bergambar.

Alara hanya tunduk dengan tangan diletakkan di dada. Dia berterima kasih kepada kata-kata sokongan yang diberikan oleh mereka semua. Tanpa peminat, tiadalah Alara hari ini.

"You guys are so sweet..." Ucap Alara mesra. "Thanks for coming today. Ni hati-hati semua balik nanti ya. Till we meet again. Take care everyone!"

Alara membuat mini love pada jarinya sebelum membawa diri untuk keluar dari tempat tumpuan itu. Fariha setia mengikut dari belakang. Dia perlu memastikan Alara tidak dikerumuni peminat.

"Far... aku ada apa-apa event lagi ke kena attend lepas ni?" Tanya Alara sambil berjalan.

"Ada... tapi kau sempat break. Sebab next event lagi dua jam baru start." Beritahu Fariha.

Alara mengangguk faham. Bolehlah dia tidur sekejap. Lagipun dia rasa sedikit penat sebab banyak bergerak tadi. Ditambah pula dia bangun awal pagi. Yela, makeup dan dandanan rambut sahaja sudah makan masa berapa jam. Pengorbanan menjadi selebriti.

Alara dan Fariha berjalan keluar menuju ke basement parking.

"Eh Far... aku nak pergi toilet dulu." Ujar Alara tiba-tiba.

"Oh okay... sure... nak aku tunggu ke?" Tanya Fariha.

"It's okay... kau tunggu aje dekat dalam kereta." Arah Alara. Lagipun toilet dekat sahaja dengan tempat kereta mereka diparkirkan.

"Alright... aku pergi dulu..." Fariha meninggalkan Alara. Sempatlah dia memanaskan enjin kereta sementara tunggu Alara.

Alara terus membawa diri ke toilet berhampiran. Dia ingin membuang air kecil sebelum dia ke event seterusnya nanti. Dia mahu bersedia dari awal. Tak lah nanti dia terkial-kial untuk ke toilet.

Alara keluar dari toilet apabila dia selesai melepaskan hajat. Dia merapikan diri di depan cermin. Rambutnya yang diikat dengan dandanan jenis double waterfall braids masih kemas terletak tanpa kusut. Alara berpuas hati dengan penampilannya hari ini.

Alara membawa keluar Iphone dari handbag. Jarinya melihat notifikasi dan missed call yang masuk sepanjang dia sibuk tadi. Dia memang akan meletakkan Iphonenya dalam mode 'do not disturb' ketika bekerja atau menghadiri event. Tidak mahu ada gangguan.

Alara berkerut muka apabila ada beberapa panggilan yang tidak dijawab dari Datin Rosila. Laju Alara menghubungi mummynya kembali.

Namun, setelah tiga kali cubaan, tiada sahutan dari Datin Rosila. Alara memutuskan untuk menghubungi ke nombor rumahnya pula. Dan panggilan itu terus dijawab oleh orang gaji.

The King Romance (HIATUS)On viuen les histories. Descobreix ara