The King Romance: 51

9.4K 661 114
                                    


Alara membiarkan wajahnya di touch-up untuk babak akhir penggambaran hari ini. Dia telah kembali bekerja seperti biasa. Syukur bila dirinya masih diterima dalam industri. Ramai yang merindui kemunculannya setelah dia berehat selama dua minggu. Betul-betul dia menstabilkan emosi dan mental sebelum berjumpa dengan orang ramai.

"Okay Alara! Ready to the last scene." Jerit director.

Alara masuk ke set semula. Babak terakhir memerlukan dia untuk membuat aksi terjunan dari bangunan. Babak ini akan dilakukan oleh Alara sendiri tanpa menggunakan stuntman. Memang kebiasaannya, Alara melakukan sendiri untuk memberi hasil lakonan yang real.

Alara dipakaikan alat flying stunt. Cangkuk dikunci pada tali yang melilit pinggangnya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dia melakukan aksi nanti.

"3... 2... 1... action!" Clipper board ditekan.

Alara masuk ke mode lakonan. Dia mengucapkan dialog yang dihafal dengan baik. Dan babak yang paling dinanti-nantikan apabila berlaku adegan pergelutan di atas bumbung yang menyebabkan dia akan ditolak ke bawah bangunan nanti.

Semua berlaku dengan pantas apabila Alara selamat mendarat di atas tilam tebal di bawah.

"Cut! Good job Alara!" Director menepuk tangan.

Alara cuba untuk bangun. Beberapa orang crew lelaki ingin membantu Alara tapi Alara menghalang. Dia tidak mahu bersentuhan kulit dengan lelaki bukan mahram. Tapi, ada satu tangan yang datang membantu dan Alara hanya membiarkan sahaja.

"Thank you..." Ucap Alara perlahan sambil memandang lelaki yang mengenakan mask di wajah.

Rakan pelakon lain saling mengusik Alara bila Alara memperkenalkan lelaki itu sebagai PA merangkap bodyguard barunya untuk menggantikan ketiadaan Fariha buat sementara waktu.

"Lara... handsome betul ek PA baru."

"Itulah... dah lah dari tadi PA baru you tak berkelip pandang you."

"Untung betul Lara ni... nanti recommendlah mana you jumpa PA yang heloksss macam ni."

Alara hanya tersenyum simpul mendengar pujian-pujian itu. Alahai, menyempat ya mereka semua meng-usha PA baru dia hari ini. Jangan nak macam-macam. PA dia kali ini limited edition. Tidak boleh dijumpai atau ditemui di mana-mana.

Alara terus membawa langkah ke bilik yang dikhaskan untuknya. Selesai kerjanya untuk hari ini. Dia ingin pulang awal memandangkan ada urusan keluarga yang perlu dia hadiri nanti.

"Abang..." Lunak suara Alara sebaik pintu bilik ditutup.

"Ya sayang..." Raja Adriel menyahut.

Alara memeluk tubuh tegap Raja Adriel. PA yang dimaksudkan tadi ialah Raja Adriel. Suaminya menawarkan diri untuk menemani dia ke lokasi penggambaran bagi beberapa hari. Yang bestnya, Raja Adriel menyembunyikan identiti sebagai bodyguard rahsia. Yelaa, kang tidak jadi pula sesi penggambaran hari ini gara-gara kemunculan putera mahkota di lokasi.

"Lara rindu abang." Manja suara Alara. Mengada betul, padahal elok aje Raja Adriel di sisinya sepanjang hari.

"Olololo... abang rindu sayang jugak. Sayang ada sakit-sakit atau luka-luka tak?" Raja Adriel menarik mask di wajah. Dia membelek siku dan bahagian tubuh Alara yang lain.

Bukan main terpegun Raja Adriel bila melihat Alara berlakon di depan mata. Memang lakonan penuh berkelas dan bermutu. Tidak banyak take yang diambil. Semua babak dapat disiapkan dengan cepat. Hebat sungguh seorang pelakon bernama Alara Sophia.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now