The King Romance: 12

9.2K 515 78
                                    

Alara membuka kotak Iphone yang baru dibelinya bagi menggantikan Iphonenya yang rosak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alara membuka kotak Iphone yang baru dibelinya bagi menggantikan Iphonenya yang rosak. Nasib baik, segala contact dari client ada di simpanan Fariha. Jadi, tidaklah dia terlalu ralat.

"Lara..." Panggil Fariha yang sedang meniarap di atas katil Alara.

Mereka baru sahaja pulang dari mall tadi. Fariha menemani Alara hari ini pergi ke Pavilion Kuala Lumpur.

"Hmmm apa dia?" Alara menyahut sambil dia ralit setting Iphone baru itu.

"Ni kau nak cuti sampai sebulan atau dua bulan?" Fariha bertanya untuk dia menyusun jadual Alara.

"Kau letak aje dua bulan dulu. Tapi, kalau ada invitation event, kau accept aje. Aku available kecuali shooting drama atau TV show, kau hold dulu. Aku tak rasa aku nak back on shoot at this moment." Jelas Alara.

"Alright, noted." Fariha mengangguk faham.

Alara meniarap di sebelah Fariha. Dia menongkat kepala sambil melihat Fariha lincah menyemak mesej-mesej dari client.

"Far..." Alara memanggil Fariha pula.

"Yup..." Fariha mengerling seketika pada Alara.

"Kau tak rasa bosan ke hidup single?" Alara bertanya tiba-tiba.

"Bosan? Single? Kenapa tiba-tiba tanya?" Fariha menolak Ipad ke tepi.

"Takdelah... kau kan pernah bercinta dan pernah putus jugak. Apa kau rasa lepas dah single? Bosan tak?" Alara membuka topik.

"Hmmm... secara jujurnya, bosanlah jugak. Yelah, kita dah terbiasa ada pasangan kan. Selalu mesej, selalu on call dan selalu jumpa. Bila dah putus ni... rasa macam ada benda yang kurang." Jawab Fariha.

Alara mengangguk beberapa kali tanda dia faham apa yang disampaikan oleh Fariha. Rakannya juga baru putus cinta empat bulan lepas. Itu pun kerana, Fariha rimas bekas kekasih asyik cemburu buta. Walhal, Fariha cuma bekerja sebagai PA dia sahaja, bukannya Fariha berlakon dengan pelakon lelaki. Itu pun nak kecoh. Tidak professional betul.

"Kenapa? Kau rasa bosan ke single sekarang?" Fariha pula ingin tahu.

"Taklah... even aku bercinta dulu pun, aku takde masa nak buat seperti apa yang pasangan lain buat. Yelah, aku kan sibuk bekerja. Itu yang sampai ex boyfriend sendiri pun curang dengan aku..." Alara membaringkan tubuhnya menghadap siling bilik.

"Hish, itu sebab kau bercinta dengan lelaki tak matang. Tu yang ambik jalan short cut nak cari lain. Cuba kalau kau cari lelaki yang betul-betul serious nak jaga kau... mesti dia akan selalu ada dengan kau tak kira waktu kau sibuk atau pun tak, yang selalu tahu jadual dan waktu kerja kau dan yang selalu sokong kau walaupun kau terpaksa tinggalkan dia..."

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now