The King Romance: 30

14.9K 709 129
                                    

Selesai melawat resort, mereka memutuskan untuk singgah keluar mengambil angin malam di KK Night Market apabila selesai menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

Pengawal-pengawal peribadi dan polis pengiring mengawal ketat keselamatan mereka sekeluarga malah mereka juga diberi laluan khas untuk melewati perjalanan di night market tersebut.

Alara teruja melihat keadaan sekeliling yang meriah dengan pelbagai jenis jualan. Bukan main kepoh lagi dia dan Raja Auliya mencuci mata. Seronok bila ada geng yang sekepala ini.

"Alara... nak tak kita beli baju kelawar ni?" Ujar Raja Auliya sambil membelek pelbagai jenis baju kelawar batik yang digantung.

"Hmm... boleh Kak Liya... Lara tak pernah pakai baju kelawar." Alara mengangguk setuju.

"Okay cun, jom kita borong banyak-banyak." Raja Auliya sudah rambang mata.

Mereka meneruskan shopping dan mengabaikan suami masing-masing. Raja Adriel dan Raja Khairi berjalan bersama dalam puak kaum lelaki. Tapi, ada seorang wanita yang terselit disitu. Siapa lagi kalau bukan Humaira ya.

Alara yang malas mahu melayan perangai Humaira yang menyakitkan hati itu membiarkan sahaja wanita itu menyendeng bersama Raja Adriel dan Raja Haziq. Tak apalah, nanti-nanti pula dia berlakon sebagai isteri manja di sisi Raja Adriel. Sekarang ini, dia mahu enjoy dulu.

Alara bergerak pula pada sebuah khemah kecil yang menjual pelbagai jenis gelang mutiara. Wah, semua cantik-cantik. Alara menarik seutas gelang mutiara hitam. Dia menyarungkan pada pergelangan tangan.

"Cantik dengan Puan Alara..." Mak cik yang menjual itu bersuara. "Kamu tidak mahukah ambil satu gelang ini?"

Alara tersenyum sebelum bertanya.

"Berapa harga untuk satu ni ya?"

"Oh murah saja. RM 10..."

"Bolehlah... saya ambil satu ya..."

Alara terus menarik purse dari slingbag. Dia mengeluarkan duit dengan not RM 100.

"Puan Alara... ada duit kecil kah? Saya tiada baki..."

"Kejap..." Alara cuba membelek pursenya.

Alamak, Alara juga tidak mempunyai duit dalam nilai yang kecil. Semua sudah habis digunakan tadi.

"Mak cik... lagi lima minit saya datang lagi ya..."

Alara meluru pada Raja Adriel. Hanya Raja Adriel penyelamatnya tika ini. Takkanlah dia nak meminta duit dari kakak iparnya pula kan? Malulah dia. Baik dia minta dengan Raja Adriel. Lagi pun, dengan Raja Adriel, mukanya sudah menjadi muka tembok dah.

"Abang..." Panggil Alara saat menghampiri Raja Adriel.

Raja Adriel yang sedang rancak berborak bersama penjual di situ menoleh pada isterinya.

"Hmmm, ya sayang? Kenapa?" Tanya Raja Adriel.

"Lara nak duit, boleh?" Minta Alara tanpa mukadimah.

"Boleh... berapa sayang nak?" Raja Adriel terus mengeluarkan wallet.

Alara yang hendak menjawab itu terbantut apabila Humaira dilihat ingin bersuara.

"Amboi... takkanlah selebriti terkenal macam awak ni mintak duit dengan orang macam gitu aje... takde duit sendiri ke?" Humaira buat-buat ketawa.

Raja Bariyah yang berdekatan itu menampar bahu Humaira.

"Ish kamu ni, apa cakap macam tu. Biarlah Lara nak mintak duit dengan suami sendiri. Memang patut pun Lara mintak duit Ariel... duit Ariel ni banyak. Baik dihabiskan aje oleh isteri..."

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now