The King Romance: 26

12.1K 634 122
                                    

Isyika meneguk rakus arak di tangan sambil sebelah tangan menggenggam kuat telefonnya. Dia baru sahaja selesai melihat rancangan bual bicara dari Alara petang tadi. Wah, bukan main bahagia senyuman yang terlakar di wajah Alara itu.

Isyika juga turut berasa iri hati dengan populariti Alara yang digilai oleh peminat dari seluruh negara. Rata-rata peminat meninggalkan komen positif dengan mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Alara dan Raja Adriel. Perkahwinan yang mendapat liputan dan perhatian dari ramai pihak. Yela, tengoklah dengan siapa Alara berkahwin. Bukan orang biasa-biasa. Alara berkahwin dengan kaum kerabat.

Isyika merengus geram. Dia fikir dia sudah cukup dapat menjatuhkan Alara dengan merampas kebahagiaan Alara bersama Hariz tapi ternyata, Alara lebih bahagia kini dengan lelaki yang sempurna dari segala aspek. Manakala dia pula, asyik bertekak dengan Hariz hanya kerana Alara.

"Hai Isyika..." Tegur satu suara di sebelah Isyika.

Isyika menoleh pada seorang lelaki yang duduk di sebelahnya di meja bar.

"Sorang aje ke? Mana kawan you yang cantik tu?" Tanya lelaki itu.

"Kawan I? Who?" Isyika mengerutkan dahi.

"Alaaa... buat-buat tanya pulak... siapa lagi kalau bukan Alara Sophia. I teringinlah nak jumpa dia depan-depan. Ni asyik muka you aje dekat club ni..."

Isyika menunjukkan riak wajah menyampah. Paling dia benci setiap kali lelaki yang menegurnya pasti akan bertanyakan tentang Alara.

"You ni buta ke? Tak nampak I sorang?" Jeling Isyika tajam.

"Alaa, chill lah... tak perlu marah macam ni. Cuba you jadi macam Alara tu, selalu senyum. I tengok senyuman dia pun boleh cair. Ini you asyik nak marah aje..." Lelaki itu memerli.

Isyika menghentak gelas kaca kuat pada meja.

"Apa masalah you ni?! Boleh tak jangan nak bandingkan I dengan dia!" Marah Isyika.

"Mana ada I banding... I cuma cakap aje... yang you nak terasa kenapa? Jealous ke dengan kawan sendiri?" Lelaki itu buat-buat ketawa.

"Huhhhh... I nak jealous? Oh please... tak kuasa I nak jealous..." Nafi Isyika. "I lagi better dari dia..."

"Really? Tapi kenapa I rasa yang takde siapa boleh compete Alara eh? Alara tu pandai, cantik, famous, peramah, merendah diri dan langsung tak acah diva. Tapi you... baru setakat pelakon extra, dah kerek macam ni. I rasa... you banyak lagilah kena belajar dari Alara. Be like her..."

Isyika yang sudah panas telinga terus melemparkan arak ke wajah lelaki itu.

"You jangan nak sanjung dia depan I... you tak kenal siapa dia yang sebenar... dia tu perempuan paling teruk dalam dunia ni..."

"Perempuan paling teruk? Teruk dari segi apa?"

"Dari segi macam-macam lah! Dan kalau you nak tahu, sebab tu lah ex boyfriend dia tinggalkan dia. Sebab dia memang teruk. Takde siapa yang nak kekal dengan perempuan macam tu!"

"I see... tapi bukan you ke yang jadi punca orang ketiga dalam hubungan dorang? You rampas boyfriend kepada kawan you sendiri? Ha ha ha, I rasa you yang teruk kot..."

Membulat mata Isyika mendengar kata-kata hinaan itu.

"You diam! Kalau tak tahu cerita, you jangan nak berlagak terpaling tahu..."

"Well... bukan I berlagak tahu semua benda. Media yang tulis macam tu... so you pergi salahkan media lah... tapi rasanya apa yang media tulis tu betul kot... kalau tak, takdelah you sentap macam ni kan?"

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now