The King Romance: 10

9.8K 572 78
                                    




Alara turun ke tingkat bawah atas arahan Raja Adriel. Itupun kerana Raja Auliya mengajaknya untuk makan bersama.

Raja Adriel hanya diam di meja makan. Sesekali dia mengerling Alara yang duduk di hadapannya. Memang tidak senang duduk Raja Adriel saat ini. Bila-bila masa sahaja Raja Auliya boleh menembak dengan soalan.

"Kamu ni umur berapa?" Raja Auliya memecahkan kesunyian.

Bingo! Raya Auliya memang sudah bertanya.

Alara mengangkat kepala memandang Raja Auliya.

"Errr... ibu tanya saya ke?" Alara blur. Masih lagi menggunakan slang negara seberang.

"Yaaa, tanya kamulah..." Raja Auliya mengangguk.

"Oh... saya... hmmm, saya masih muda kok... baru aja 26 tahun." Jawab Alara.

"Patutlah... tapi kenapa kamu jadi orang gaji ya? Kamu cantik sangat, macam tak sesuai untuk jadi orang gaji. Kenapa tak jadi selebriti ke atau model ke?" Tanya Raja Auliya ramah.

Raja Adriel yang sedang makan terus tersedak mendengar soalan itu. Parah ini parah.

Alara cepat-cepat menghulurkan segelas minuman pada Raja Adriel.

"Pakkk, minum ini dulu..."

Raja Adriel menjeling Alara sebelum menyambut huluran itu. Rakus dia meneguk untuk menghilangkan rasa perit di tekak.

"Ish kamu ni kenapa? Takkan lah tengok orang gaji sendiri sampai tersedak? Tahulah orang gaji kamu ni cantik..." Raja Auliya menepuk-nepuk belakang badan adiknya.

Raja Haziq pula terus menyumbat makanan ke dalam mulut. Dia sedaya upaya menahan diri dari ketawa. Hanya dia yang tahu situasi sebenar.

Raja Adriel tersenyum kelat. Lebih baik diam dari berkata-kata.

"Haaa, kamu... cepatlah jawab soalan saya." Raja Auliya masih menunggu jawapan dari Alara.

"Errr... soalan? Soalan mana ya buk? Oh... soalan tadi ya..." Alara berfikir-fikir sejenak. Apa dia mahu bedal ya?

Raja Auliya memandang Alara yang tersengih-sengih itu. Tidak puas dia melihat seraut wajah Alara yang cukup cantik.

"Hmmm, sebenarnya... saya pengen banget untuk bergelar selebriti atau model... tapi bapak ini merayu-rayu mintak saya jadi orang gajinya. Mungkin sebab saya terlalu cantik. Waduhhh..." Alara ketawa kecil. "Katanya, dia akan bayar saya lumayan deh. Rugi aja kalau saya menolaknya."

Raja Adriel terus menendang kaki Alara di bawah meja. Over betul lakonan Alara.

"Auchhh..." Alara berkerut sambil mengaduh.

"Eh, kamu kenapa?" Raja Auliya risau.

"Errr... gapapa bukkk. Saya cuma... terkejut aja... ada lipas di bawah meja." Dalih Alara.

"Ohhh... lipas..." Raja Auliya memandang adiknya di sebelah pula. "Ni sejak bila rumah kamu ada lipas?"

Raja Adriel membetulkan duduk. Cuba untuk beriak tenang.

"Errr, entahlah... lipas tu datang tanpa diundang. Makin lama makin banyak pulak bertelur. Ni bik, nanti pastikan lipas semua tu dibuang jauh-jauh. Jangan kau pulak yang aku buang nanti." Raja Adriel tajam memandang Alara.

Alara memandang Raja Adriel juga di saat lelaki itu memetik namanya. Mereka saling bertatapan.

"Errr bisa saya tahu, bapak mahu buang saya ke mana? Zimbabwe atau Somalia?" Tanya Alara dalam nada mengejek.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now