The King Romance: 53

8.4K 624 77
                                    

Alara membantu Raja Auliya untuk mengelap tubuh Raja Bariyah yang masih dirawat di ICU. Kalau malam, kaum lelaki yang akan menjaga Raja Bariyah. Siang pula, kaum wanita. Raja Tan Sri Azman Shah dan Raja Puan Sri Azimah pula datang melawat sekejap-sekejap. Mereka tidak mahu orang tua mereka bersusah-payah juga. Biarlah mereka yang muda mengambil tugas menjaga di hospital.

"Lara..." Raja Auliya memanggil.

"Ya Kak Liya?" Sahut Alara sambil mengelap jari-jemari Raja Bariyah.

"Lara pasti ke Lara sihat? Kak Liya tengok dah tiga hari kamu macam penat." Komen Raja Auliya.

"Pasti Kak Liya... Lara sihat aje ni. Alaaa, biasalah... Lara kan selalu bergerak aktif. Jadi, bila Lara duduk sini, itu yang nampak macam Lara tak sihat." Jawab Alara sopan.

Raja Auliya mengerti. Dia tahu kesibukan Alara yang memerlukan adik iparnya bergerak sana sini. Tapi, sejak Alara berkahwin, Alara meletakan had pada jadual kerja. Itu pun dia tahu setelah bersembang dengan Fariha. Alara cuma akan bekerja sehingga petang sahaja. Malam pula akan berada di rumah kecuali ada urusan yang perlu dihadiri oleh selebriti terkenal itu. Bagus Alara, sesibuk mana jadualnya, rumahtangga tetap menjadi keutamaan.

"Kalau macam tu, kamu keluarlah ambil angin. Bagi segar sikit tubuh kamu tu. Lagi pun, kamu dah jaga Nenda dengan baik. Sekarang... kamu kena jaga diri kamu pulak. Kak Liya tak nak nanti kamu jatuh sakit. Kesian Kak Liya... nanti takde teman bersembang kat sini." Canda Raja Auliya.

Alara tergelak kecil. Memang mereka selalu berbual. Sambil menjaga Raja Bariyah, sambil mereka mengupas isu-isu semasa. Biasalah, women talk.

'Klak.'

Pintu di tolak perlahan-lahan.

"Haa Far... elok kamu datang..." Raja Auliya bersuara apabila Fariha muncul di wad ICU.

"Kenapa Kak Liya?" Fariha meletakkan beg yang berisi barang keperluan Raja Bariyah yang dibawa dari istana.

"Ni nanti kamu bawak Lara jalan-jalan. Lara ni dah terperuk kat sini banyak hari. Pasal Nenda, takpe... Kak Liya boleh jagakan dulu." Titah Raja Auliya.

"Oh boleh aje... memang Far plan nak ajak Lara keluar pun." Fariha mengangguk.

Setelah lama berada di wad ICU, Alara keluar bersama-sama Fariha. Suasana sedikit hening apabila hanya mereka sahaja berada di hospital. Raja Adriel dan Raja Haziq masuk ke pejabat atas urusan mesyuarat. Tidak dapat dielakkan. Hanya beberapa orang kaum kerabat terdekat yang datang bertanya khabar mengenai Raja Bariyah.

Alara menarik Iphone di belakang poket seluar. Dia ingin menghubungi seseorang.

'My King 👑❤️'

Panggilan laju dijawab.

"Hello... assalamualaikum abang."

"Hello... waalaikumussalam sayang."

"Lara ganggu abang ke?"

"Tak lah, sayang tak pernah ganggu abang. Kenapa sayang? Anything you need, my love?"

"Yes, my heart. Lara nak mintak izin abang untuk keluar dengan Fariha. Boleh tak abang?"

"Boleh sayang... abang izinkan. Sayang nak keluar pergi mana?"

"Pergi brisk walk dekat tasik aje. Tempat yang selalu Lara dan Fariha ambil angin."

"Okay sayang. Nak abang temankan jugak tak?"

"Nak... tapi abang kan tengah sibuk. So, takpelah. Lara boleh aje ni tanpa abang sekejap."

"Sayang tunggu abang ya. Abang nak wrap up meeting then abang datang pada sayang. I'm dying to see you... abang miss you, sayang."

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now