The King Romance: 8

9.5K 505 75
                                    


Alara keluar dari bilik air apabila dia selesai mandi. Menggigil sedikit tubuhnya apabila terkena air. Alara menghampiri sofa di mana baju-baju Raja Adriel diletakkan.

Tiba-tiba dia ternampak ada satu luggage yang diletakkan di tepi sofa itu. Luggage itu terlihat seperti luggagenya. Laju Alara mencapai luggage tersebut dan melihat isi dalam.

Membulat matanya melihat segala baju-baju dan barang keperluan dirinya ada di dalam luggage tersebut. Kejap, macam mana boleh ada luggage dia di sini?

Tanpa banyak fikir, Alara terus mengenakan pakaian. Dia juga turut mencalitkan lip gloss pada bibirnya yang kering dan merekah.

Alara keluar dari bilik itu dengan tangannya mengambil Iphone Raja Adriel di atas katil. Dia belum pulangkan telefon lelaki itu selepas menggunakannya tadi.

Alara keluar ke ruang tamu. Dia memanjangkan leher mencari kelibat Raja Adriel di rumah itu. Alara duduk di sofa jenis divan. Dia sendiri pun tidak tahu nak cari lelaki itu di mana memandangkan dia tidak biasa dengan rumah besar ini.

Alara melihat sekeliling rumah yang dihiasi dengan perabot mewah dan moden. Semua nampak mahal-mahal. Interior dalaman pula bukan main cantik lagi dengan marble wall dan chandelier. Kaya betul Raja Adriel ini ya? Dia kerja apa sampaikan boleh memiliki rumah semewah ini? 

Sedang Alara ralit memerhati keadaan rumah itu, Raja Adriel menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Dia juga baru selesai mandi. Santai Raja Adriel mengenakan polo shirt dengan seluar jenis chino. Matanya menangkap Alara yang tidak perasan kehadirannya.

"Apa yang kau tenung rumah aku sampai nak tembus dinding tu?" Tanya Raja Adriel yang berdiri di sebelah Alara dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Alara tersentak lalu menoleh ke sebelah. Terpukau dia melihat penampilan Raja Adriel pagi ini. Nampak sangat fresh dan cool.

"Errr..." Alara hanya menggelengkan kepala. "Saja tengok-tengok."

Raja Adriel yang mendengar jawapan ringkas Alara itu segera berlalu untuk ke dapur.

"Errr... you..."

Langkah Raja Adriel terhenti.

"I nak pulangkan phone you..." Tunjuk Alara pada Iphone di tangan.

"Letak ajelah dekat meja tu." Jawab Raja Adriel.

Alara menurut dan meletakkan Iphone itu ke meja. Dia memandang Raja Adriel yang sudah hilang di sebalik dapur. Alara bangun dan menurut juga langkah itu.

"You... I ada benda nak tanya sikit ni..."

"Tanya apa?"

"Macam mana luggage I boleh ada dekat sini?" Ini yang Alara ingin tahu.

"Luggage? Lah, kau tanya aku dah kenapa? Manalah aku tahu..." Jawab Raja Adriel sambil tangannya mengambil beberapa biji telur dan dipecahkan ke dalam pan. Raja Adriel ingin menyediakan sarapan.

Alara berkerut dahi.

"You tak tahu? Aik... bukan you yang bawakkan luggage I ke?" Alara sudah kehairanan.

Raja Adriel hanya menjongketkan bahu.

"Dia bergerak sendiri kot cari tuan dia..." Raja Adriel loyar buruk.

Alara merengus. Dia geram dengan sikap Raja Adriel yang tidak pernah menjawab pertanyaannya dengan betul. Alara terus memusingkan tubuh untuk kembali ke bilik. Malas dia mahu bertanya lebih lagi. Raja Adriel tidak membantu langsung.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now