The King Romance: 44

10.8K 664 63
                                    

Alara meneguk minuman isotonik untuk menghilangkan dahaga kerana seharian bertungkus-lumus menjayakan penggambaran hari ini. Dia sudah kembali kepada rutin biasa sejak tiga hari lepas setelah pulang dari berbulan madu.

Lama bercuti membuatkan dia perlu mendapatkan kembali mood pada karakter lakonan yang dilakonkan. Agak payah memandangkan watak yang dibawa oleh Alara adalah watak wanita yang ditinggalkan suami sedangkan dia sekarang sedang bahagia bersama suami. Dua situasi yang berbeza.

"Lara..." Panggil Fariha.

"Hmmm..." Sahut Alara malas sambil menyandarkan badan pada kerusi.

"Kejap nanti kita perlu singgah agensi..." Beritahu Fariha.

"Untuk apa?" Alara menyoal. Dia ingin pulang ke rumah dan berehat sahaja memandangkan tenaganya sudah berkurangan.

"Fitting dan ambil baju kau untuk dipakai pada event esok." Jelas Fariha.

"Ohhh..." Alara hampir lupa dia dijemput untuk menghadiri satu majlis besar.

Fariha membantu mengemaskan barang-barang Alara dan menaiki van. Dia tidak mahu menganggu Alara yang dilihat seperti kepenatan.

Alara pula memejamkan mata sepanjang perjalanan menuju ke wisma agensi.

'Ting.'

Satu notifikasi masuk ke Iphone Alara.

'I respect your busy day but please keep yourself safe as always, sayang. I'm waiting to see you soon.'

Melebar senyuman Alara di wajah saat membaca mesej dari Raja Adriel. Terus datang kembali tenaganya yang hilang tadi. Tidak sabar rasanya untuk dia berjumpa Raja Adriel di rumah nanti.

"Far... baju nanti dari designer mana?" Alara bertanya pada Fariha di sebelah.

"Ada few dari top designer. Kejap..." Fariha menyemak senarai jenama di Ipad. "Dari Anna Sui, Jeanne Lanvin, Daphne Guinness dan Allegra Versace."

Alara mengangguk faham. Dan mereka tiba ke agensi itu. Alara terus melihat baju-baju yang tergantung untuk dipakai olehnya. Semua tampak mewah dan elegan.

"So, Lara which one you wanna wear for the event?" Puan Suzy memandang Alara yang terlihat sukar untuk membuat pilihan.

Alara menggarukan kepala yang tidak gatal. Kalau boleh dia ingin pakai semua baju-baju di depannya tapi sayang, dia hanya boleh memilih satu sahaja dari jenama-jenama terkenal itu.

"Errr, I am still thinking." Jawab Alara berat.

"It's okay. Take your time to choose wisely. You boleh bawak balik dulu baju-baju ni semua ke rumah then decide mana yang you berkenan." Puan Suzy memberi kelonggaran.

"Baik Puan, terima kasih." Ucap Alara sebelum meminta salah seorang dari teamnya untuk membawa baju-baju tersebut ke kereta.

Alara dan Fariha meninggalkan bangunan wisma apabila selesai urusan. Seperti biasalah, Fariha menghantarnya pulang ke rumah. Alara terus membersihkan diri memandangkan hari juga sudah semakin senja.

Sebaik Alara siap mandi, dia turun ke dapur. Alara ingin menyediakan makan malam. Jam dikerling sekilas, sekejap nanti Raja Adriel pasti sampai ke rumah memandangkan ini adalah waktu-waktu Raja Adriel pulang dari pejabat.

Alara terus membawa keluar segala bahan untuk memasak. Dia berfikir sejenak untuk memilih resipi apa yang ingin dia masak bagi makan malam nanti. Yela, kena ikut selera Raja Adriel juga. Walaupun Raja Adriel bukan sejenis yang cerewet tapi risau pula nak hidang bagi anak raja makan. Ada yang terlebih garam nanti. Ha ha ha. Kelakar bila diingat balik momen dia pertama kali memasak untuk Raja Adriel. Suaminya pun satu, diam aje. Bukan nak tegur hidangan itu masin. Alahai.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now