The King Romance: 7

9.6K 512 60
                                    

Raja Adriel melangkah masuk ke pejabat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raja Adriel melangkah masuk ke pejabat. Segak dia mengenakan sut mewah dari jenama Tom Ford. Minyak wangi yang disembur ke tubuh pula bukan main kuat dapat dihidu oleh para pekerja apabila bertembung dengannya. Memang bau intense dan sensual sangat. Tergoda habis pekerja-pekerja wanita saat Raja Adriel melintasi mereka. Ah, mereka cair dengan bos sendiri.

Raja Adriel hanya meneruskan langkah sebaik keluar dari perut lif. Teguran dari para pekerja hanya dibalas dengan pandangan kosong. Dia tidak suka bermesra dengan pekerja sendiri. Baginya, kehadiran ke pejabat adalah untuk bekerja. Bukannya untuk bertegur sapa.

Raja Adriel menolak pintu bilik pejabatnya. Dia menghenyakkan punggung pada kerusi eksekutif. Butang on pada iMac terus ditekan menandakan dia sudah bersedia untuk bekerja.

Raja Adriel fokus menyemak email-email yang perlu kelulusan darinya selaku CEO syarikat berkaitan dengan prospek. Kemudian, dia menyemak pula fail-fail yang perlu ditandatangani olehnya. Setiausahanya sudah menyusun fail tersebut sebelum dia masuk ke pejabat kerana dia tidak suka diganggu jika sudah berada di bilik ini. Privacy matters.

Raja Adriel meneruskan kerjanya sehinggalah tiga jam kemudian dia melepaskan penat dengan menyandarkan tubuh pada kerusi eksekutif. Tangannya mengurut leher yang terasa lenguh akibat terlalu lama menghadap skrin iMac.

Tangannya kemudian mencapai Iphone yang diletakkan di atas meja. Entah kenapa, laju tangannya membuat carian mengenai Alara Sophia dan tidak sampai beberapa saat, segala kisah hidup Alara penuh di Internet.

'Alara Sophia hangat bercinta dengan Hariz Jazli.'

Raja Adriel membaca segala artikel berkaitan hubungan cinta mereka itu. Oh, bekas kekasih Alara juga seorang pelakon. Menarik.

Tiba-tiba Raja Adriel teringat cerita sepupunya berkaitan kecurangan pelakon lelaki itu pada Alara. Hmmm, lagi menarik. Tapi nampaknya, belum ada lagi mana-mana artikel yang menyiarkan tentang keruntuhan hubungan antara dua selebriti ini.

Raja Adriel meneruskan pembacaan seterusnya sehinggalah kedengaran ketukan di muka pintu bilik pejabat. Laju Raja Adriel memberi akses pada pintu itu.

Raja Haziq menolak pintu dan melangkah ke arah Raja Adriel.

"Ada apa kau panggil aku datang sini?" Raja Haziq bertanya. Dia menerima mesej dari Raja Adriel tadi selepas selesai menghadiri mesyuarat.

"Ni... aku nak tanya, kau kenal kawan Alara kan?" Raja Adriel memandang Raja Haziq yang duduk di depannya.

"Kawan? Kawan yang mana?" Raja Haziq berkerut muka.

"Kawan Alara yang mintak tolong kita semalam." Ujar Raja Adriel.

"Oh... Fariha ke?"

"Fariha ke nama dia?"

"Yaa... nama dia Fariha..."

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now