The King Romance: 38

16.5K 846 157
                                    




Alara membiarkan wajahnya di touch up oleh makeup artist. Dia tinggal lagi satu scene untuk diselesaikan hari ini. Syukur apabila dia tidak berdepan dengan masalah lagi. Semua penggambaran setakat ini berjalan dengan lancar.

Dan satu jam kemudian...

"It's a wrap!" Ucap crew yang bertugas.

Alara menepuk tangan. Dia berpuas hati apabila lima jam dia bertungkus lumus untuk penggambaran hari ini akhirnya berjaya dilaksanakan. Suka dia apabila penggambaran habis awal.

"Alara... Good job... you did well today. I suka dengan semangat you hari ni. Very well-prepared and energetic as always." Puji director.

Alara tersenyum simpul.

"Thank you, director. Hope you suka dengan performance I hari ni." Tutur Alara.

"Of course! Performance you tak pernah mengecewakan I!" Balas director. "See you on next shooting. Take care, Alara..."

Alara sekadar mengangguk. Jadual penggambarannya akan bersambung pada minggu hadapan. Jadi, bolehlah dia berehat seketika.

Alara membawa diri untuk ke khemah yang disediakan. Alara menarik kerusi yang dikhaskan untuk dirinya. Dia ingin melepaskan penat sekejap. Dia menyambut huluran tisu dari Fariha. Peluh dilap di sekitar lehernya. Cuaca agak terik hari ini memandangkan mereka melakukan penggambaran di luar.

"Weh Lara... semacam aje kau hari ni." Tegur Fariha.

"Semacam apa?" Alara berkerut.

"Kau nampak happy teruk... pehal? Ada pape jadi ke?" Fariha mengorek.

Alara juga tidak tahu kenapa moodnya hari ini betul-betul ceria. Sejak dia bangun dari tidur sehingga tiba ke set penggambaran, bibirnya tidak lekang dari senyuman.

"Lah... aku kan memang happy." Jawab Alara.

"Eleh... yeye aje. Semalam kau moody. Bukan main monyot lagi muka kau tau..." Kata Fariha. Bukan dia tidak perasan keadaan Alara semalam. Sampai director juga menegur Alara.

"Hmmm..." Alara hanya menggumam.

"Cakaplah weh..." Fariha menyiku Alara.

"Cakap apa?" Alara mengangkat kening.

"Apa jadi semalam lepas kau balik rumah? Ada pape jadi ke?" Gigih Fariha ingin tahu.

"Mana ada jadi pape. Ish kau ni... jangan nak banyak tanyalah."

Alara buat-buat sibuk melihat Iphone di tangan. Ini adalah taktik jika dia malas mahu melayan Fariha. Kalau tidak, jenuh dia nak menjawab soalan luar batas Fariha itu.

"Lara..." Panggil Fariha setelah lama diam.

Alara menoleh sejenak. Dia lihat Fariha seperti merenungnya tanpa lepas.

"Nape?" Soal Alara sepatah.

"Tuuu... leher kau..." Fariha memuncungkan bibir.

"Leher aku? Kenapa dengan leher aku?" Alara menyentuh lehernya.

"Merah... leher kau merah..." Beritahu Fariha.

"Oh... aku ingatkan apa lah tadi. Biasalah, kan cuaca panas ni... itu yang merah."

Alara mencapai handheld fan lalu dihalakan pada kawasan lehernya. Memang kulit dia senang sangat untuk merah. Kalau dia berdiri di bawah cahaya matahari mulalah kulitnya rasa pedih dan gatal. Lagi-lagi bila digigit nyamuk. Kejap...

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now