The King Romance: 3

11.2K 536 69
                                    

Alara melepaskan tangisan. Walaupun semalaman dia sudah menangis, dia masih tidak mampu untuk melupakan perbuatan bekas kekasih dan kawan baik sendiri.

Alara juga tidak dapat tidur lena kerana fikirannya berperang hebat mengingati hubungannya berakhir begitu sahaja bersama Hariz. Kepulangannya kali ini ke tanah air adalah untuk mengetahui kecurangan Hariz. Oh, sakitnya hati dia saat ini.

Alara bangkit dari baring. Dia perlu kuat. Dia tidak boleh menangis hanya kerana dirinya dicurangi. Apa yang dilakukan Hariz itu cukup melampau. Dan, dia tidak akan memaafkan perbuatan terkutuk itu dengan mudah.

"Head up, Alara. Stay strong, Alara. Let it go, Alara. Move on, Alara."

Alara menepuk-nepuk dirinya. Dia perlu memberi semangat pada diri sendiri. Walau apapun terjadi, dia perlu menyayangi dan menghargai dirinya dulu. Dia tidak boleh menangis hanya kerana hatinya dilukai.

"You can be happy, again. You can smile, again. You deserve better, Alara!"

Alara cuba untuk tidak menangis. Sedaya upaya dia menahan air mata dari jatuh lagi ke wajahnya.

"Remember, Alara. What's coming is better than what is gone."

Alara terus melangkah ke bilik air. Dia ingin menyegarkan diri. Kepalanya sakit kerana menangis tanpa henti. Dia nekad untuk tidak menangis lagi. No more tears.

Alara mengenakan sport attire. Dia ingin keluar mengambil angin luar. Bagi segar diri sikit dari asyik terperap dalam bilik dan mengenangkan nasibnya yang malang. Dia perlu melakukan sesuatu untuk mengalihkan fikirannya dari terus mengingati apa yang berlaku.

Alara meletakkan topi di kepala. Rambut diikat tinggi. Alara turun ke tingkat bawah. Cepat-cepat Alara keluar ke laman rumah. Dia tidak ingin bertembung dengan sesiapa. Dia risau nanti ahli keluarga akan bertanyakan tentang matanya yang sembap dan bengkak.

Alara memandu keretanya iaitu Mini Cooper Countryman untuk ke Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Dia ingin berjogging. Boleh lah dia keluarkan peluh petang ini.

Alara memakai earpod di telinga. Lagu kegemaran dimainkan dan Alara mula berlari perlahan.

Beberapa minit berjogging, Alara duduk di sebuah bangku. Dia melepaskan penat. Tercungap-cungap dia bernafas. Inilah akibat sudah lama tidak bersenam. Baru sekejap berjogging, dia sudah mengah.

Kemudian, Alara melihat satu pasangan yang tidak jauh darinya. Pasangan itu sedang berjalan sambil berpimpinan tangan. Air mata Alara jatuh tanpa sedar. Dia rindu kenangan waktu bercinta dulu.

"No Alara. Forget him. Forget the memories. Forget everything of him."

Alara menghela nafas panjang. Tidak mahu terganggu lagi dengan kisah lampau. Terus air mata dikesat.

Tiba-tiba seorang wanita duduk di sebelahnya. Alara menoleh apabila wanita itu menunduk memegang kakinya.

"Errr... aunty... are you okay?" Alara bertanya prihatin.

Wanita itu mengangkat muka memandang Alara.

"Okay... tapi kaki aunty ni tiba-tiba terseliuh." Jawab wanita itu.

Alara duduk mencangkung di depan wanita itu.

"Biar saya tengok kaki aunty ya..." Pinta Alara.

Belum sempat wanita itu membalas, Alara terus meraih buku lali wanita itu. Kasut sukan dari kaki wanita itu ditarik. Dia perlahan-lahan mengurut kaki wanita itu. Dia juga pernah beberapa kali terseliuh, jadi dengan ilmu yang dia ada, harap bolehlah melegakan sakit pada kaki wanita itu.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now