The King Romance: 4

9.7K 478 38
                                    

Sudah seminggu sejak peristiwa Alara mengetahui tentang kecurangan Hariz. Dan, kini dia sudah boleh menerima apa yang berlaku itu dengan hati terbuka. Dia tidak meratapi dan tidak juga menangis. Entah kenapa, selepas kejadian itu, banyak pula kejadian lain yang menimpa dirinya yang membuatkan dia tidak sempat untuk berfikir tentang Hariz.

Yela, bila diingatkan kembali, macam-macam berlaku padanya. Dia tersalah menaiki kereta lelaki yang tak dikenali, dia bertemu pesakit yang membuat darahnya naik menggelegak dan macam-macam lagilah. Haih, kenapa lelaki-lelaki yang muncul dalam hidup dia semua menyakitkan hati ya?

Alara termenung ke luar tingkap cermin kaca. Dia sedang menunggu kehadiran Fariha. Hari ini dia ingin berjumpa dengan Fariha. Dia sudah bersedia untuk berkongsi dan bercerita pada temannya yang satu itu.

Fariha melangkah masuk ke Kaffe 16. Dia memanjangkan leher mencari kelibat Alara. Terus dia mengatur langkah sebaik melihat Alara di satu sudut meja di hujung kafe.

"Lara... sorry aku lambat. Jalan jammed sikit tadi." Fariha menarik kerusi di hadapan Alara.

"It's okay... aku pun baru jugak sampai. Around 10 minutes..."

"Fuhhh nasib baik..." Fariha menarik nafas lega. "Anyway, lama gila tak jumpa kau. Eeeiii rindu..."

Fariha meraih tangan Alara di atas meja. Dia memandang Alara yang kelihatan sedikit sugul.

"Babe... kau kenapa? Okay tak?" Fariha bertanya risau.

Alara menarik nafas panjang.

"Entahlah Far... aku tak tahu aku okay atau tak sekarang ni..." Jawab Alara perlahan.

"Kenapa? Ada pape jadi ke? Cepat, cerita dekat aku..." Fariha sudah sedia untuk menjadi pendengar.

Alara diam sejenak. Dia cuba menyusun ayat untuk memberitahu tentang hubungannya dengan Hariz sudah berakhir.

"Actually... aku dan Hariz dah putus."

Fariha yang sedang meneguk secawan latte tersedak.

"Putus? Apa maksud kau? Sejak bila putus? Macam mana boleh putus? Siapa yang mintak putus dulu?" Bertalu-talu Fariha bertanya.

"Eeiii kau ni... sejak bila jadi inspektor pulak? Cuba tanya satu-satu..." Jeling Alara.

"Sejak aku dengar kau dah putus. Cepat, aku perlu tahu semuanya. Biar aku jalankan tugas dengan menyiasat kes kau ni..." Fariha sudah menjiwai watak seorang inspektor. Wah, dah macam Gerak-Gerak Khas pula.

"Aku perlu jawab semuanya serentak ke?" Tanya Alara.

Fariha mengangguk laju.

"Hmmm... kalau kau nak tahu, aku dah seminggu putus dengan Hariz..."

"What?! Lama tu... kenapa kau tak bagitau aku?" Fariha mencelah.

"Aku bukan tak nak bagitau kau, tapi aku perlu masa untuk digest apa yang jadi. Semua berlaku tanpa diduga." Ujar Alara.

"Okay... sekarang cerita dekat aku dengan lebih lanjut..." Pinta Fariha.

"Aku tak tahu nak ringkaskan macam mana, tapi Hariz curang belakang aku. Aku pun tak tahu sejak bila Hariz jalinkan hubungan lain tanpa pengetahuan aku dan dia sanggup tipu aku... aku percaya dia sibuk bekerja tapi sebenarnya..." Alara berhenti seketika.

Fariha sabar menunggu Alara menyambung cerita. Dia membelai tangan Alara yang tampak sebak itu.

"Sebenarnya, dia sibuk tidur dengan perempuan lain..."

Fariha terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Alara.

"Seriouslah babe?!"

Alara mengangguk laju.

The King Romance (HIATUS)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon