The King Romance: 1

18.8K 671 129
                                    




Alara menarik nafas lega apabila penggambaran untuk scene terakhir berjaya dirakam untuk keseluruhan cerita. Lokasi penggambaran kali ini dijalankan di Hamilton, New Zealand. Agak jauh dari bumi Malaysia kerana filem yang dibintangi kali ini memerlukan set penggambaran yang berlatarkan luar negara.

Alara duduk di kerusi yang telah dikhaskan untuknya. Personal assistant merangkap kawan baik sendiri, Fariha datang menghulurkan sekotak tisu pada Alara.

Alara pantas menarik tisu lalu mengelap rinik-rinik peluh yang membasahi dahinya. Malah, dia juga menyambut huluran sebotol minuman dari Fariha. Laju dia meneguk air mineral itu untuk menghilangkan rasa dahaga.

"Babe... kira hari ni last shooting ke?" Tanya Fariha.

Alara mengangguk.

"Yup! Selesai semua. Finally, kita dah boleh balik Malaysia. Omg... tak sabarnya..." Alara beriak teruja.

Sebenarnya, sudah dua bulan mereka berada di sini semata-mata untuk menjayakan penggambaran ini. Alara perlu memenuhi scene-scene sepanjang dia berada di sini. Fariha pula setia menemani Alara.

"Kiranya awal juga selesai eh? Patut jadual shooting habis minggu depan kan?" Fariha minta kepastian.

"Itulah... aku pun tak sangka shooting kali ni smooth tanpa masalah. Tapi kira okaylah... aku pun dah penat ni. Nak balik rehat pulak nanti." Maklum Alara. "Oh ya... aku nak kau kosongkan jadual aku untuk beberapa minggu. Aku nak on hiatus."

Fariha lincah menyemak jadual kerja Alara pada Ipad. Dia sudah faham cara Alara bekerja. Setiap kali Alara selesai satu sesi penggambaran yang panjang, Alara akan berehat seketika sebelum menyambung kepada aktiviti penggambaran yang lain.

"Alara... You did a good job! Lakonan you memang makin hari makin mantap. I suka dengan face expression yang you berikan tadi. Tak sia-sia you jadi heroine. I berani guarantee filem kita ni akan pecah panggung." Ujar produser yang duduk di antara mereka.

Alara tersenyum simpul. Suka dia mendengar komen yang positif berkaitan lakonannya. Yela, baru berbaloi dengan usaha dan tenaga yang dikeluarkan untuk menjayakan sebuah filem.

"Thank you, Abang Ijat. Kalau tanpa tunjuk ajar dari Abang Ijat, I pun takkan mampu untuk berikan yang terbaik." Jawab Alara lembut. Dia sangat menghargai jasa-jasa orang industri yang sentiasa menegur dan memperbaiki dirinya.

"You strive untuk sampai ke tahap ni, Alara. You buktikan yang you memang pelakon wanita yang serba boleh. Keep up the good work, Alara. Eh anyway, you balik Malaysia bila?" Produser bertanya.

"Hmmm... maybe malam ni." Balas Alara.

"Wow awal... rindu boyfriend lah tu..." Usik produser.

Alara hanya tergelak kecil. Semua orang tahu kisah hubungan cintanya dengan lelaki pujaan yang juga merupakan seorang pelakon. Alahai, rindunya pada si cinta hati. Lama sudah dia tidak berjumpa atau berhubung disebabkan kekangan masa.

"Okaylah... jumpa di Malaysia nanti, Alara... take care and have a rest." Produser terus berlalu pergi.

Fariha yang mendengar perbualan itu menyiku Alara.

"Weh Lara... seriouslah kau nak balik malam ni?" Soal Fariha.

"Yelaaa... serious. Kenapa? Kau tak nak balik lagi ke?" Alara pula menyoal.

"Bukan tak nak balik tapi macam rush sangat pulak kalau balik malam ni. Kau rehat lah dulu dua tiga hari dekat sini..." Pujuk Fariha.

"Tak nak lah... aku dah bosan duduk sini. Nak balik malam ni jugak. Dan kau, Far... Tolong book ticket flight tau." Alara berdegil.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now