The King Romance: 5

9.2K 527 64
                                    


Fariha keluar dari bangunan karaoke. Tangannya melindungi wajah dari terkena air hujan. Dia cuba mencari kelibat Alara.

"Lara!!" Panggil Fariha.

Fariha memandang sekeliling. Kosong. Tiada bayang Alara.

"Ish, mana pulak si Lara ni pergi?"

Fariha terus menghubungi nombor Alara tapi hanya kedengaran peti simpanan suara sahaja. Fariha memandang ke arah hujung jalan di mana tempat kereta diparkirkan. Kereta Alara masih ada di situ. Fikirnya, mungkin Alara tunggu di dalam kereta.

Fariha laju berlari. Tetapi, langkahnya tiba-tiba berhenti apabila ternampak satu handbag yang jatuh di tengah jalan. Dia amat mengenali handbag itu.

"Ini Lara punya ni..."

Fariha mula rasa tidak sedap hati. Dia meneruskan langkah hingga tiba ke kereta. Makin berombak dadanya apabila melihat tiada sesiapa di dalam kereta.

"Ya Allah... Lara! Mana kau pergi?"

Fariha sudah cemas.

"Lara! Lara! Lara!" Jerit Fariha kuat.

Fariha sudah rasa hendak menangis mencari Alara. Dah lah tengah hujan ni, boleh pula Alara hilang. Macam-macam bermain di kepalanya saat ini. Dan, fikirannya kuat mengatakan Alara kena culik.

Kemudian, Fariha ternampak dua orang kelibat lelaki berjalan dari depan. Terus dia menerpa ke arah dua lelaki itu.

"Encik... encik..." Fariha menghalang.

Kebetulan, lelaki-lelaki itu adalah Raja Adriel dan Raja Haziq.

"Encik... tolong saya. Tolong saya..."

"Tolong apa?" Laju Raja Adriel bertanya.

"Tolong saya cari kawan saya..." Jawab Fariha dalam tangisan.

"Kawan awak? Mana kawan awak pergi?" Soal Raja Adriel dengan kerutan di dahi.

"Kawan saya hilang. Saya dah puas panggil nama dia. Tapi dia takde pun di sekitar ni." Jelas Fariha.

"Bukti kawan awak hilang? Tah-tah dia ada pergi mana-mana?" Raja Adriel masih bersoal jawab.

"Ni... ni bukti dia." Fariha terus menunjukkan handbag di tangannya. "Ini kepunyaan kawan saya, saya jumpa di depan sana."

Raja Adriel dan Raja Haziq saling berpandangan. Jadi, jeritan meminta pertolongan tadi adalah dari kawan wanita di depan mereka ke?

Raja Adriel terus mengambil handbag itu. Dia membelek isi di dalam handbag tersebut.

"Handphone dia mana?" Raja Adriel masih bertanya.

"Handphone dia takde. Err mungkin dia bawak bersama."

"Boleh bagi nombor telefon dia tak?" Minta Raja Adriel.

"Boleh..." Fariha terus memberikan nombor telefon Alara kepada lelaki di depannya. Walaupun dia tidak mengenali lelaki itu, tapi entah kenapa gerak hatinya mengatakan lelaki itu boleh menolong dirinya saat ini.

Raja Adriel mengangguk faham. Terus dia menjauhi Fariha dan Raja Haziq. Iphone di poket seluar slack ditarik. Dia menghubungi seseorang.

"Hello. Aku nak kau track satu nombor ni. Dapatkan aku exact location as soon as possible." Beritahu Raja Adriel pada anak buahnya.

"Kami dah track, tapi tak dapat detect location sebab device tak available. Probably telefon dalam mode off." Jawab anak buahnya.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now