The King Romance: 46

9.9K 712 107
                                    

Raja Adriel mengelus rambut lurus Alara sambil mengucup rambut itu berkali-kali. Jatuh simpati dengan apa yang menimpa isterinya semalam. Teruk Alara menangis sehingga bengkak mata. Dan, pertama kali jugalah dia melihat isterinya berada di titik terendah dalam hidup. Yela, sebelum ini dia mengenali Alara seorang yang kuat dan tabah. Tapi, Alara di pelukannya saat ini seorang yang lemah dan rapuh.

Raja Adriel terimbau kembali perbualan antara dia dan Alara semalam.

"Ray..."

Satu nama disebut oleh Alara tepat menyentak jantung Raja Adriel. Adakah isterinya tahu tentang nama itu. Tapi bagaimana?

"Lara tahu tu abang jugak kan?" Duga Alara lagi tanpa melepaskan pegangan pada pergelangan tangan Raja Adriel.

Raja Adriel pantas menggeleng. Sedaya-upaya dia cuba menutup kebenaran itu.

"You can hide your identity but you can't hide who you are, abang."

Raja Adriel diam apabila kata-kata itu halus menyapa halwa telinganya.

"Lara dah tahu siapa Ray... dan siapa abang yang sebenar. Abang tak perlu sorok apa-apa dari Lara lagi. Remember abang, when we are in love, we are willing to share everything with our partner. No hide and no secret."

Raja Adriel menarik nafas panjang. Hatinya tidak mampu menolak dengan pujukan Alara. Tubuhnya dipusingkan dan dia kembali duduk mencangkung menghadap Alara. Leather gloves pada tangan ditarik dan mask yang menutup wajahnya dibuka.

Tanpa menunggu lama, Alara terus merangkul leher Raja Adriel. Wajahnya disembamkan pada bahu Raja Adriel saat melihat wajah itu. Kan betul tekaannya, memang lelaki yang selalu selamatkan dia adalah Raja Adriel.

Raja Adriel menggosok-gosok belakang badan Alara. Dia membiarkan Alara menangis tanpa menghalang tangisan isterinya. Biarlah isterinya menangis kalau itu yang mampu melegakan hati Alara kala ini.

Alara menyapu air mata setelah beberapa minit menangis. Leka pula dia melayani perasaan sehingga menunjukkan sisi lemahnya di depan Raja Adriel.

"Sorry... Lara termenangis depan abang..." Alara menundukkan wajah.

"It's okay, love. You can cry as much as you want..." Balas Raja Adriel sambil memegang hujung dagu Alara. "Do you still want to cry, sayang? My shoulder is ready for you to lean on..."

Alara yang masih dalam sisa tangisan menggangguk laju. Air matanya belum habis dikeluarkan lagi.

"Come, peluk abang... I'll cry with you, sayang..." Kemas dan erat pelukan Raja Adriel pada tubuh Alara yang sedang terhenjut-henjut.

Alara yang sudah dikuasai dengan tangisan makin kuat melepaskan sisa kesedihan yang bersarang di hatinya. Agak pedih untuk dilalui kerana dia tidak menyangka malam ini sekelip mata maruahnya dipijak oleh seseorang yang dikenali dan pernah rapat dalam hidupnya.

"Lara... Lara tak sangka yang Isyika sanggup fitnah Lara macam ni." Tersedu-sedan Alara berkata. "Apa salah Lara? Apa dosa Lara? Kenapa dia tergamak buat Lara macam ni? Tak cukup lagi ke dengan apa yang dia dah rampas dari Lara? Apa lagi yang dia nak dari Lara?"

Raja Adriel membelai tubuh Alara dengan lembut. Dia diam untuk memberi ruang pada Alara melepaskan bicara. Walaupun dia tidak tegar melihat keadaan Alara yang sukar untuk bercakap tapi itu lebih baik dari isterinya pendam.

"Dia... dia... dia tikam belakang Lara setelah Lara bantu dia selama ni. Lara tak mintak apa-apa balasan pun tapi sanggup dia jatuhkan karier Lara dengan memalukan dan mencemarkan nama Lara. Abang tahu kan, betapa Lara sayangkan karier yang Lara perjuangkan dari awal. Tapi sekarang, semuanya musnah! Semua pandang serong pada Lara dan percaya cakap Isyika tu. Lara dah jatuh, abang... Lara dah jatuh... takde siapa yang suka Lara lagi dah..." Luah Alara.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now