The King Romance: 53

Mulai dari awal
                                    

"Baik abang... can't wait to see you very soon. Lara miss you too and Lara love you so much abang."

"Abang love you so much more, sayangku..."

Talian di matikan.

Raja Adriel menatap skrin lama.

'My Queen 👑💖'

Hilang sekejap serabut yang melanda dirinya sekejap tadi. Suara lunak Alara menenangkan hatinya. Haih, rindunya pada Alara membuak-buak sehingga Raja Adriel tidak betah untuk berpisah dengan Alara walau hanya beberapa jam.

"Aziq, tolong pergi kepada slide terakhir. Aku nak every department terus summarize and conclude. Then make sure they all masukkan key information sebelum hantar report pada aku nanti." Bisik Raja Adriel perlahan pada Raja Haziq yang duduk di sebelah.

Raja Haziq mengikut arahan CEO. Dia tahu kenapa Raja Adriel menggesa untuk cepat menamatkan mesyuarat. Bukan dia tidak dengar perbualan Raja Adriel bersama isteri tercinta. Rindu... rindu serindu rindunya... ceyyy, sempat Raja Haziq menyanyi dalam hati.



♛♛♛♛♛♛



Alara dan Fariha berjalan menggelilingi tasik. Lama rasanya mereka tidak menjejakkan kaki di Tasik Titiwangsa. Kali terakhir mereka datang ke sini sewaktu mereka bertembung dengan Raja Bariyah dan Fariha tanpa segan silu menjual namanya untuk dijodohkan bersama cucu wanita itu. Alahai. Lucu bila diingatkan kembali. Rupa-rupanya, Raja Adriel cucu kepada Raja Bariyah.

"Lara..." Fariha bersuara.

"Yup..." Sahut Alara.

"Humaira tak datang hospital ke? Aku takde nampak pun dia dua tiga hari ni." Fariha tidak pernah berjumpa Humaira lagi. Hanya sekadar tahu namanya sahaja. Itupun kerana Alara yang bercerita.

"Tah lah, tak pulak aku nak ambik tahu mana dia pergi." Jawab Alara malas.

"Ish, kau kenalah tahu... kang dia senyap-senyap pergi goda suami kau pulak." Kata Fariha. Yela, banyak juga dia dengar pasal Humaira sepanjang percutian Alara di Sabah dulu. Itu yang Fariha bersungguh-sungguh menyuruh Alara memikat Raja Adriel sebelum di sambar buaya betina. "Kang tak memasal, si Humaira tu jadi macam si Isyika. Perempuan zaman sekarang tak ramai yang baik macam kita. Suami orang jugak yang nak disondol."

"Entahlah... aku malaslah nak serabut kepala fikir pasal dia. Kalau dia berani cari pasal, haaa tanggunglah akibat dia nanti." Jawab Alara mudah. Memang itu prinsip hidupnya. Jika melampaui batas, baru Alara sendiri yang akan mengambil tindakan.

"Fuyoh! Alara yang dulu bukannya yang sekarang... dulu ditendang sekarang kau disayang. Dulu dulu dulu kau menderita. Sekarang engkau bahagia." Fariha menyanyi.

Alara tergelak kecil. Perangai Fariha tak ubah seperti Raja Haziq. Ada aje lagu-lagu yang diselitkan jika mengena pada situasi. Alahai, patutlah berjodoh. Suka menyanyi rupanya.

"Dah lah kau ni... suka sangat nak sakat aku. Jomlah kita jalan sampai sana." Alara berjalan sambil memandang air tasik yang tenang.

Fariha menurut sahaja. Dia juga ingin merehatkan minda dari kesibukan urusan penangguhan majlis perkahwinan. Banyak juga yang perlu diselesaikan jika nak tangguh perkahwinan ini. Nasib Raja Haziq ada membantu juga.

Alara dan Fariha berjalan sejauh satu kilometer lebih. Alara menarik nafas dalam apabila dirasakan dirinya sedikit mengah. Entah kenapa dia asyik rasa penat dan lemau sahaja. Padahal dulu elok aje dia berjogging yang jaraknya boleh cecah lebih dari aktiviti jalan kaki petang ini.

The King Romance (HIATUS)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang