The King Romance: 44

Comincia dall'inizio
                                    

Alara yang sedang membersihkan sayur-sayur di sinki mendengar derapan kaki yang melangkah ke arah dapur. Siapa lagi kalau bukan suaminya.

"Sayang..." Laung Raja Adriel kuat.

Alara menoleh ke belakang. Dia melihat Raja Adriel sedang meletakkan beberapa plastik di atas island table. Alara mengelap tangan untuk menyalami Raja Adriel.

Raja Adriel terus memeluk Alara kemas. Rindunya dia pada Alara. Seharian mereka tidak bertemu kerana tuntutan kerja yang membataskan mereka. Lagi-lagi isterinya keluar awal Subuh tadi untuk ke lokasi penggambaran.

"Abang... abang beli apa ni?" Soal Alara apabila Raja Adriel melepaskan pelukan.

"Abang beli bahan-bahan untuk baking." Beritahu Raja Adriel.

"Baking? Abang nak baking apa?" Alara berkerut.

"Baking your favorite biscoff cheesecake." Jelas Raja Adriel.

Ternganga Alara mendengarnya. Macam tak percaya Raja Adriel ingin membuat kek kegemarannya. Dah lah sudah lama dia tidak menjamah kek berperisa tersebut.  Raja Adriel selalu boleh baca keinginan dirinya. Ah, dia terharu betul dengan keprihatinan dari Raja Adriel.

"Kot ye pun terharu, tutuplah mulut tu sayang." Raja Adriel menolak dagu Alara. Comel betul reaksi isterinya tika ini.

"He he he..." Alara tersenyum sumbing. "Tapi abang, ni Lara nak masak for our dinner... abang still nak buat kek?"

"Yup. Sayang masaklah. Sayang buat main dishes, abang buat dessert..."

Raja Adriel terus menyinsing lengan baju. Semangat dia nak baking. Pertama kali dia ingin membuat kek dalam hidupnya. Istimewa untuk satu-satunya isteri yang dicintai. Nasib pengawal peribadi sudi membantunya untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan tadi.

Alara pula menurut arahan. Dia menyediakan hidangan makan malam dengan memasak pari asam pedas, sayur campur dan telur dadar. Cukuplah untuk dua orang makan.

Manakala Raja Adriel sedang membuat filling krim keju. Dia sedang menggunakan pengadun sambil matanya ralit memerhatikan video cara membuat biscoff cheesecake di Ipad yang diletakkan di depannya.

"Abang... nak Lara tolong tak?" Tanya Alara sambil menunggu asam pedas masak di atas dapur.

"It's okay sayang... sayang tolong tengok aje." Raja Adriel menjawab sambil tangannya sedang memasukkan esen vanila ke dalam bekas pengadun.

"Sure ni?" Alara minta kepastian. Yela, risau juga dia melihat Raja Adriel yang terkial-kial memandang skrin Ipad silih ganti dengan bahan adunan.

"Sure, sayang..."

Alara duduk di sebelah Raja Adriel dan memerhati sahaja gerak-geri suaminya itu. Kacak sungguh Raja Adriel yang masih berbaju kemeja. Tidak henti hatinya memuji Raja Adriel. Ada yang cair tapi bukan kek.

Raja Adriel masih fokus pada adunan dimana dia beralih pada whipping cream pula. Tetapi, Raja Adriel lupa untuk menukar speed mode pada mixer sehingga terpecik habis whipping cream mengena pada wajahnya dan Alara.

"Abang!" Alara terjerit kecil.

Raja Adriel yang terkejut itu segera meraih wajah Alara.

"Sayang... sorry... sorry. Abang tak sengaja." Raja Adriel menyapu cream yang hampir terkena pada mata isterinya.

"Takpe abang. Benda dah nak jadi..." Balas Alara sambil mendongak memandang Raja Adriel. Tidak semena-mena Alara ketawa. "Abang..."

Raja Adriel menayangkan riak pelik melihat Alara yang galak ketawa sambil memegang perut. Apa yang kelakar sangat ni?

The King Romance (HIATUS)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora