The King Romance: 30

Start from the beginning
                                    

Humaira terdiam apabila dimarahi oleh Raja Bariyah. Kuat betul penangan Alara sehingga Raja Bariyah yang baik dengannya dari dulu pun boleh memarahinya.

"Takpe Nenda... Lara okay aje... mungkin Humaira pelik tengok Lara mintak duit dengan Ariel. Yela, bak kata Humaira... Lara kan selebriti terkenal. Takkan takde duit sendiri kan? Tapi dia tak tahu sebenarnya Ariel yang suruh Lara guna atau mintak kalau Lara perlukan duit. Betul tak abang?" Alara membalas dalam nada mengejek.

Lagi sekali Humaira menahan malu. Memang padu kata-kata Alara ini. Ingatkan Alara seorang yang pendiam dan control ayu. Rupanya, Alara seorang yang tidak boleh diusik juga.

"Ya sayang... so sayang nak berapa ni?" Raja Adriel bertanya.

"Errr... Lara nak RM 10 aje..." Maklum Alara.

"RM10 aje? Seriouslah sayang? Cukup ke?" Raja Adriel minta kepastian.

"Cukup, abang. Actually Lara ada aje duit ni... tapi Lara perlukan duit kecil sebab mak cik yang menjual dekat sana tu takde baki." Sempat Alara menjeling Humaira.

"Oh yeke... kalau macam tu... nah, abang bagi RM20..." Raja Adriel menghulurkan duit.

"Okay abang... nanti Lara ganti balik ya. Terima kasih suamiku..."

"Sama-sama isteriku. Tak perlu ganti pun. Guna aje... kalau sayang nak pakai duit lagi, bagitau abang..."

Alara tersenyum senang dan beredar dari mereka. Puas hatinya melihat riak cemberut Humaira tadi. Haaa, ada hati nak menyindirnya. Dia lagi dua kali ganda hebat dalam sindiran.

"Mak cik..." Alara menghampiri khemah yang menjual gelang tadi. "Ni... duitnya..."

Alara menghulur duit kepada mak cik tersebut.

"Eh kenapa RM20? Cukup RM 10 sahaja Puan Alara."

"Tak apa, yang tu mak cik simpan aje baki." Jawab Alara ikhlas.

"Kalau macam tu sekejap..." Mak cik itu mengambil seutas lagi gelang mutiara hitam. "Ni... mak cik bagi pada kamu juga."

Alara yang segan itu menyambut juga. Alahai, dia yang memberi dan dia juga yang menerima.

"Baik mak cik, terima kasih ya. Semoga jualan mak cik laris selalu."

"Amin... terima kasih Puan Alara..."

Alara terus meninggalkan khemah itu sambil matanya ralit melihat gelang yang sudah dipakaikan pada pergelangan tangan. Dan tanpa sedar...

'Bukkk.'

Alara terlanggar seseorang. Alara mengangkat muka dan melihat Raja Adriel di depannya. Fuh, nasib terlanggar suami sendiri.

"Mata tu bila jalan pandang depan." Tegur Raja Adriel.

"I dah pandang depanlah. You yang tiba-tiba muncul." Jawab Alara.

"Yela... kalau aku tak muncul. Tuuu... mahunya kau terjatuh dalam longkang..." Tunjuk Raja Adriel pada longkang yang tidak jauh darinya.

"Alaa... longkang tu jauh lagi... sempatlah I brake nanti..."

"Haa menjawab... cuba kalau suami tegur, dengar dan hadam..."

Alara mencebik. Kerja Raja Adriel memang suka marah tanpa sebab. Bukannya dia jalan tidak pandang ke depan langsung. Dia belum buta lagilah.

"Baik suamiku... terima kasih kerana menegur isterimu ini. Akan isterimu hadam dengan baik dalam kepala ni." Alara menunjukkan jari telunjuk pada kepalanya. Memang menganjing habis.

Raja Adriel merengus. Malas dia mahu melayan kata-kata isterinya itu. Tangan Alara terus ditarik untuk melihat gelang yang dipakai oleh Alara.

"Ini ke yang kau beli tadi?" Tanya Raja Adriel.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now