The King Romance: 24

Start from the beginning
                                    

Raja Adriel pula memandang sekeliling. Mencari bayang Alara yang sudah tiada di sebelahnya. Hai, awal pula Alara bangun pagi ini. Belum apa-apa, dah larikan diri. Rasanya baru tadi dia menghidu bau wangi rambut Alara.

Sesaat kemudian, matanya menangkap rambut Alara yang terjurai di sebalik selimut di tepinya. Raja Adriel menguntum senyum. Oh, dekat sini rupanya Alara ya? Nak main hide and seek pula.

"Huaaarrgghhh..." Raja Adriel buat-buat menguap. "Mana Alara Sophia ni ya? Dah tinggalkan bilik ni ke?"

Raja Adriel berkata kuat. Dia sengaja ingin Alara dengar. Apa Alara fikir dia ini senang diperbodohkan ke?

"Tapi it's okaylah. Bolehlah aku tidur puas-puas atas katil ni."

Raja Adriel memusingkan badannya untuk memeluk Alara dari luar selimut. Dia buat Alara seperti bantal peluk saat ini.

Alara berkerut dari dalam selimut. Punya kuat dia menahan diri apabila dirasakan tangan Raja Adriel menghempap tubuhnya. Kurang asam Raja Adriel!

'Sabar Alara sabar... jangan malukan diri.'

Alara cuba bertenang. Dia ingin sembunyi sehinggalah Raja Adriel bangun dan meninggalkan bilik ini.

Tapi tidak bagi Raja Adriel, dia memeluk lagi kuat tubuh Alara. Wah, lama ya Alara bertahan. Impress betul dia dengan Alara. Raja Adriel mengangkat pula kakinya lalu diletakkan di hujung kaki Alara. Habis satu badan Alara dipeluknya sekarang.

Alara yang sudah tidak mampu mengawal diri itu lantas menyelak kasar selimut dari wajahnya. Rambut yang menutup wajahnya ditiup kuat.

"You ni kenapa main peluk-peluk macam tu? Ingat I ni patung ke?"

Raja Adriel menunjukkan riak terkejut.

"What?! Kau... kau... kau ada atas katil ni? Macam mana kau boleh ada sini? Kau naik merangkak lagi ke?" Raja Adriel melontarkan soalan.

Alara memandang Raja Adriel dengan muka kelu. Apa dia nak jawab ni?

"Hish, banyak tanya lah you ni." Alara meraut rambutnya yang kusut ke belakang.

"Mestilah... kau tidur sekatil dengan aku. Haaa, kau mesti teringin nak tidur dengan aku kan? Jap... kau ada buat bukan-bukan pada aku ke?"

Raja Adriel meraba-raba tubuhnya. Dia ingin mengenakan Alara.

Alara yang geram laju mengambil bantal dan memukul Raja Adriel.

"You ingat I nak sentuh you sangat ke hah?!" Tempik Alara.

"Manalah aku tahu. Kau yang ada sebelah aku sekarang ni..."

"Eeeiii... tak hinginlah... jap... tah-tah you yang sentuh I. Oh my god..."

Alara pula melihat baju di tubuhnya. Risau jika ada yang terdedah atau terlondeh.

"Huhhh, kau dah tidur dalam bilik aku, lagi ada hati nak tuduh aku! Ni mulut ni... patut belajar ucap terima kasih sebab aku dah bagi tumpang bilik aku dekat kau. Bukannya cakap yang bukan-bukan lagi." Raja Adriel mencubit pipi Alara.

"Auch, sakitlah..." Alara mengaduh.

"Jangan mengada! Aku cubit tak kuat pun!" Raja Adriel menjeling.

Alara menggosok pipinya. Aduhai, pagi-pagi pipi dia dah dapat hadiah. Memang dah tak perlu dia pakai blusher nanti untuk ke office. Eh... office...

Alara bagaikan teringat bahawa dia perlu cepat untuk mengejar call time daripada manager. Dia sudah lambat ni. Semua gara-gara Raja Adriel.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now