𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟔

Start from the beginning
                                    

"Rindu." Kepala digelengkan dengan perlahan tatkala mendengar rengekan Dania di dalam talian. Senyuman ditahan sebaik mungkin, ada sajalah isterinya itu!

"Abang baru pesan makanan. Sekejap." Zariel memandang peniaga yang baru sahaja meletakkan dua bungkus nasi campur ke dalam plastik.

"Cepat sikit tau! Sayang rindu!" Senyuman ditahan sebaik mungkin, tiga keping duit kertas RM 10 dihulurkan kepada perempuan yang menjual makanan itu. Zariel mengambil plastik sebelum menggelengkan kepala, memberitahu perempuan tersebut yang dia tidak mahu baik duit. Perempuan tersebut hanya tersenyum manis.

"Dah, sekejap." Tanpa mematikan talian, Zariel berjalan keluar dari ruangan makan RNR tersebut sebelum mendekati keretanya.

"Handsomenya! Suami siapa tu?" Zariel menghamburkan tawa kecilnya, anak mata memerhati Dania yang sedang sibuk melambai di dalam kereta. Sesampai sahaja di kereta, Zariel segera masuk ke dalam perut kenderaannya sebelum menamatkan talian.

"Wah kacaknya suami Puan Dania Marisa gojes ni!" Dania menggenggam kemas lengan kekar Zariel, Zarief sudah berada di dalam tempat bayi di penumpang belakang bersama Zasya. Zariel hanya mengabaikan Dania yang terlebih gula itu.

"Nah." Sebekas polisterina yang dipenuhi dengan nasi campur dihulurkan kepada Dania, wanita itu tersengih sebelum mengambilnya. Bekas air bandung milik Dania diletakkan di tempat letak air yang berada di tepi pintu belah wanita itu.

"Thank you abang!" Zariel tersenyum manis melihat telatah Dania, anak matanya memerhati penuh teliti Dania yang sedang sibuk menyuapkan makanan ke dalam mulut selepas sahaja membaca doa makan.

"Sedap?" Dania mengangguk laju, kunyahan dilajukan sebelum wanita itu tersengih lebar. Zariel menyapu butiran nasi yang melekat pada pinggir bibir Dania sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya. Dania hanya tersenyum suka apabila dilayan seperti itu oleh Zariel.

××××

Kereta Zariel meluncur laju masuk ke dalam perkarangan rumah Puan Zainab, kelihatan banyak kereta di halaman rumah wanita yang bergelar emak kepada Zariel tersebut. Enjin dimatikan apabila kereta sudah berhenti di sebelah kereta Wira PakWan.

"Jom." Zariel segera keluar dari perut kereta sebelum berjalan menuju ke arah tempat penumpang yang menempatkan isterinya. Pintu dubuka untuk wanita itu, Dania hanya tersenyum manis.

"Ramainya." Anak mata Dania meliar memerhati bilangan kereta yang berada di hadalam rumah emak mentuanya. Tujuh buah kereta. Zariel tersenyum manis.

"Diorang semua nak tengok anak-anak kita." Zariel menjawab walaupun tidak disoal, Dania hanya mendiamkan diri. Bebola mata bergerak melihat Zariel yang sedang membuka pintu kereta belah belakang untuk mengambil anak kembar mereka.

"Nah." Dania memgambil Zarief dari Zariel, bayi itu merengek kecil namun Dania terus menepuk lembut belakang tubuh anak lelakinya itu. Zariel mengambil Zasya yang masih lena dengan penuh berhati-hati.

"Zaq! Doh mari ni!" Dania agak tersentak apabila tiba-tiba sahaja gegendang telinganya dihentam kuat dengan suara nyaring seseorang. Kelihatan MakWan sedang sibuk menuruni anak tangga sebelum mendekati Dania.

"Allah! Comelnya! Mata biru!" MakWan dengan perlahan-lahan memgambil tubuh Zarief daripada dukungan Dania. Zariel hanya tersenyum melihat telatah mak saudaranya.

"Nia, mari sini." Dania tersenyum manis melihat Puan Zainab yang mendekatinya, Puan Zainab merangkul erat lengan Dania sebelum membantu menantu kesayangannya naik tangga dengan perlahan.

"Riel naik. Beg tu nanti suruh Leman tolong bawakan." Zariel hanya mengangguk kepalanya dengan perlahan, akur akan arahan Puan Zainab. Dania hanya tersengih lebar.

Dia seperti ratu,

Ratu Zariel Zaquan.

××

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bersambung...

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now