𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟎

29.3K 1.4K 61
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania melangkah masuk ke dalam apartment mewah milk suaminya bersama mulut yang ternganga kecil. Kemas dan cantik! Perabot yang bewarna putih semua tersusun kemas. Cat dinding bewarna cream yang tampak sangat bersih. Semua harta benda di dalam apartment Zariel bewarna lembut! Sah, mesti bapak gajah handsome ni jenis pembersih.

"Cantiknya." Zariel yang baru sahaja membawa masuk bagasi milik Dania hanya memandang isterinya yang sedang teruja itu. Dilihat sahaja Dania yang sudah mengambil tempat di sofa ruang tamu. Mata Dania masih meliar memandang sekeliling dalam apartment tersebut.

"Pandai awak hias. Tak macam bujang." Dania tersengih memandang Zariel, lelaki itu sedang menyangkut kunci kereta di rumah kunci sebelum berjalan mendekati Dania. Punggung dilabuhkan di sofa bertentangan isterinya, namun Dania dengan segera bangun dan terus duduk menempel di tepi Zariel. Berkerut dahi lelaki itu melihat telatah isterinya.

"Janganlah duduk jauh-jauh. Nanti rindu." Zariel tergelak kecil mendengar ayat isterinya itu. Dania merangkul leher Zariel menyebabkan lelaki itu terpaksa menundukkan badan sedikit untuk memudahkan Dania memeluk batang lehernya.

"Rindu apanya Cik Dania—"

CUP

"Kalau awak panggil saya Cik Dania lagi, saya cubit-cubit bibir awak—"

PAP

"Isy!" Dania merengek tidak suka apabila Zariel bertindak menampar lembut mulutnya. Lelaki itu mengusap kembali bibir mungil isterinya bersama gelengan kepala. Geram melihat Dania yang suka bercakap kasar dengannya.

"Tak nak. Nak kiss!" Zariel hanya memandang Dania yang sedang menayangkan pipi ke arahnya bersama kelopak mata yang sengaja dikerdip-kerdipkan. Wajah manis isterinya itu ditenung penuh teliti.

"Cepatlah!"

PAP

Dania menampar lembut belakang tubuh kekar Zariel. Lelaki itu menarik senyuman nipis sebelum menyelak rambut Dania yang terjuntai itu ke belakang. Pipi isterinya dikucup lembut menyebabkan Dania terpanar.

"Dah. Saya nak mandi." Zariel menjauhkan wajahnya daripada wajah Dania. Bibir mungil Dania diusap lembut sebelum Zariel bangkit dan terus mengambil bagasi Dania, kaki panjang lelaki itu berjalan menuju ke biliknya. Dania masih terkaku, tangan naik menyentuh bahagian dadanya. Bibir dikebam bersama senyuman manis diukir pada wajah jelitanya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now