𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟔

25.6K 1.1K 22
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania tersengih lebar tatkala pinggangnya dirangkul erat oleh Zariel seraya berjalan masuk ke dalam apartment mewah lelaki itu. Zariel meninggalkan beg pakaian Dania di atas meja sebelum memimpin isterinya itu supaya duduk di atas sofa.

"Thank you, abang!" Dania tersenyum manis seraya memejamkan kelopak matanya apabila dahi bersihnya dikucup lembut oleh Zariel. Zariel menyentuh dagu runcing isterinya bersama matanya yang meliar menilik wajah bersih Dania itu.

"Sayang nak makan apa-apa ke?" Zariel menyelitkan juntaian rambut Dania ke belakang telinga, layanannya pada isterinya itu persis seperti dia menghormati Dania sebagai Cik Mudanya dahulu.

"Nak!" Dania laju sahaja menjawab, senyuman manis melebar terukir pada bibir munggilnya. Sebelah tangannya diletakkan di atas bahu tegap Zariel seraya meramas lembut bahu keras suaminya itu.

"Nak makan apa—"

"Nak makan abang!"

PAP

"Isy!" Dania merengek tidak suka apabila mulutnya ditampar lembut oleh lelaki itu. Bibir dicebik seraya matanya menjeling manja wajah Zariel. Lelaki itu mengurut lembut bibir bawah isterinya menyebabkan Dania tersengih lebar.

"Abang tanya elok-elok, jawab lah elok-elok, sayang." Zariel hanya memandang Dania yang tergelak kecil itu, dibiarkan sahaja tapak tangan mulus isterinya melekap pada pipinya. Dania memuncungkan bibirnya dan bebola matanya meliar bergerak seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Nak maggi—"

"No." Memuncung mulut Dania tatkala dibidas laju ole Zariel. Lelaki itu menggelengkan kepalanya dengan perlahan, dibiarkan sahaja isterinya itu membuat muka sememeh.

"Ala—"

"Abang boleh masak benda lagi better dari maggi."Zariel mengelus lembut belakang tubuh isterinya. Dania menghela nafas perlahan.

"Okey! Abang masak lah apa-apa pun! Malam ni sayang makan abang je!" Memincing mata Zariel tatkala mendengar kenyataan yang meluncur laju dari belahan bibir mungil Dania itu.

"Abang bukan makanan—"

"Abang makanan sayang!" Dania mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali seraya tersenyum lebar. Zariel menggaru puncak hidungnya. Layan je lah Zariel, bini kau. Gerutu hati lelaki itu.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now