𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟕

23.5K 1.2K 20
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

××

Dania memandang Zariel yang sedang sibuk mengemas beberapa fail tebal berkulit hitam sebelum diletakkan ke dalam beg. Wajah lelaki itu tampak sangat tenang dan tampan pada mata Dania menyebabkan wanita itu tersenyum manis.

"Abang nak pergi jumpa Tuan Dylan, jom—"

"Sayang tak nak ikut." Zariel mengangkat kepalanya memandang wajah manis Dania, wanita itu sedang tersenyum manis seraya menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Berkerut dahi Zariel melihat telatah perempuan kesayangannya itu.

"Kenapa tak nak ikut?" Terjungkit alis Dania tatkala disoal dengan solan sedemikian. Dania tergelak kecil.

"Tak nak lah kacau abang nak buat kerja dengan abang Dy." Zariel mendekati Dania, pinggang ramping isterinya itu ditarik supaya merapat dengan tubuh kekarnya, dahi bersih Dania dikucup sekilas.

"Betul ni?" Dania mengangguk laju bersama senyuman manis. Zariel tersenyum nipis.

"Okey. Tapi jangan jauh dari phone, if ada apa apa just call me. Okey?" Pesanan daripada Zariel itu menyebabkan Dania mengangguk laju bersama senyuman manis. Zariel mengucup sekali lagi dahi bersih isterinya sebelum terus kembali mendekati mejanya untuk mengemas fail.

"Abang pergi dulu. Ingat pesan abang." Zariel merapati Dania, dibiarkan sahaja wanita itu menyalami tangannya. Dania mengangguk laju bersama bibir yang tidak lekang mengukirkan senyuman manis.

"I love you, abang!" Dania menjerit halus tatkala melihat Zariel yang sudahpun berjalan keluar dari apartment, lelaki itu tersenyum manis seraya mengangguk perlahan.

"I love you too." Zariel mengumam lembut namun masih didengari oleh Dania, wanita itu tersengih seperti kerang busuk. Selepas sahaja daun pintu ditutup, Dania segera menguncinya. Kaki panjang Dania berjalan melangkah menuju ke ruangan dapur. Bungkusan kuning maggi kari yang terdapat di atas kabinet dapur diambilnya. Ah, sebenarnya dia tak nak ikut Zariel sebab nak makan maggi senyap senyap!

TOK

TOK

TOK

Dania memalingkan kepalanya memandang daun pintu utama apartment suaminya tatkala terdengar bunyi ketukan. Dania dengan segera menyimpan kembali bungkusan maggi kari tersebut.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Onde histórias criam vida. Descubra agora