𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟓

19.7K 937 13
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Rambut yang menutupi separuh wajah Dania diletakkan ke tepi sehingga menampakkan leher jinjang putih mulus wanita itu. Pipi Dania dikucup lembut sebelum hidung mancungnya digeselkan pada pipi gebu wanita kesayangannya itu. Sebelah lengan kekarnya ditongkat bagi menahan tubuh sasanya daripada menghempap tubuh kecil Dania yang sedang lena dibuai mimpi.

"Sayang." Dania yang tidur terganggu apabila pipinya terasa digesel dan kadang-kadang seperti benda lembut menyentuh pipinya. Berkerut dahi Dania, tangan naik menyentuh orang yang berada di sebelahnya itu. Kelopak maya dicelikkan dengan perlahan sebelum kepalanya berpaling ke tepi, jelas pada kornea mata wajah tampan Zariel sangat dekat dengan wajahnya sehingga nafas hangat lelaki itu menampar lembut permukaan kulit wajahnya.

"Abang kenapa?" Zariel melihat Dania yang sedang mengerdipkan kelopak mata berkali-kali sebelum mulut wanita itu terbuka luas, menguap. Dania segera meluaskan kelopak mata tatkala tangan besar Zariel menekup mulutnya yang terbuka besar kerana menguap.

"Tutup mulut tu kalau menguap, sayang." Dania menyengih lebar apabila tapak tangan besar lelaki itu sudah menjauhi mulutnya. Terangkat alis Zariel apabila Dania lekas-lekas merapatkan kepala pada dada bidang kerasnya. Dania dengan pantas memeluk kemas pinggang Zariel sebelum membenamkan wajahnya pada dada keras Zariel.

"Ni dah kenapa?" Zariel mengusap lembut kepala Dania, terkadang dilabuhkan kucupan hangat di atas kepala wanita kesayangannya itu. Dania mendongak memandang wajah Zariel bersama senyuman manis yang melebar.

"Nak manja manja dengan abang boleh?" Terhambur tawa kecil Zariel tatkala mendengar jawapan cepumas Dania. Dahi suci Dania dikucup sayang, Zariel melabuhkan kepalanya di atas bantal. Kepala Dania diangkat dan diletakkan di atas lengan kekarnya supaya wajah wanita itu sama paras dengan wajahnya.

"Abang pergi mana tadi?" Dania mengalih topik perbualannya, tangan yang berada di atas bahu Zariel kini sudah diletakkan di atas perut berotot suaminya.

"Abang jumpa Dylan." Terangkat alis sempurna Dania tatkala mendengar jawapan ringkas daripada Zariel. Lelaki itu hanya memandang wajah Dania tanpa berniat hendak menceritakan hal yang telah terjadi petang tadi. Biarlah Dania menyoalnya satu per satu, dia lagi suka!

"Buat apa jumpa abang Dy? Dia suruh abang buat kerja apa pula? Analisis syarikat mana pula?" Dania mengutarakan beberapa soalan kepada Zariel tanpa memberi peluang kepada lelaki itu menjawab satu per satu. Zariel mengukirkan senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Suka betul apabila Dania membebel. Comel!

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now