𝐁𝐚𝐛 𝟗

26.9K 1.4K 28
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

××

Zariel menarik selimut tebal dengan perlahan menutupi tubuh isterinya. Rambut Dania yang berselerak hampir menutupi sisi wajah jelita wanita itu diselak ke belakang. Senyuman manis terukir pada wajah tampan Zariel sehingga menampakkan kedua belah lesung pipit. Gila! Dania Marisa memang betul-betul gila dan dia juga terlalu gila kerana melayan perangai tidak betul isterinya ini.

"Sleep tight little blue eyes." Sisi dahi Dania dikucup lembut sebelum Zariel dengan segera bangun dari pembaringannya. Rambut keperangannya diraupkan ke belakang seraya kaki panjangnya berjalan bergerak menuju ke bilik mandi. Zariel memang seorang yang sentiasa bangun di awal pagi.

Dalam beberapa minit membersihkan diri, Zariel kembali keluar dari bilik mandi. Pakaian disarungkan pada tubuh kekarnya. Rambut yang lembab dikeringkan dengan tuala sambil matanya mengerling jam yang terdapat di atas night stand. Pukul 5.45 pagi. Hampir-hampir masuk waktu subuh.
Zariel mendekati meja solek isterinya sebelum mengambil getah kecil bewarna hitam milik Dania. Rambutnya yang kering diraupkan ke atas sebelum diikat sedikit. Kaki seluar dilipat sebelum lelaki itu terus berjalan masuk ke dalam bilik mandi kembali untuk mengambil wudhu. Selepas siap mengambil wudhu, Zariel mendekati isterinya yang masih lena di atas katil. Punggung dilabuhkan dibirai katil.

"Cik Dania." Zariel menyentuh lembut bahu Dania yang ditutupi dengan selimut sebelum digerakkan dengan perlahan. Masih tidak ada tanda-tanda Dania akan terjaga. Lelaki itu sekali lagi mengerakkan bahu isterinya dengan lembut.

"Hm mama jangan lah kacau Nia." Dania mengumam perlahan seraya menarik selimut sehingga menutupi kepalanya. Zariel tergelak kecil, sisi pinggang Dania ditepuk lembut menyebabkan wanita itu merengek kecil.

"Mama please—"

"Bangun Cik Dania. Dah nak masuk subuh." Dania yang tadinya memejamkan kelopak mata kini mencelikkan kelopak matanya dengan luas. Suara berat lelaki yang menampar gegendang telinganya tadi sangat-sangatlah menyebabkan dia mengerutkan dahi. Siapa?

"Cik Dania." Zariel menarik perlahan selimut yang menutupi kepala Dania. Lekas-lekas Dania bangkit dan terus duduk tegak memandang suaminya dengan mata yang tidak berkelip. Zariel hanya memandang Dania yang sedang merenungnya.

"Zariel?" Dania yang baru sahaja hendak menyentuh wajah Zariel terhenti tatkala lelaki itu bertindak menjauhkan wajahnya. Batal air wudhu! Dania mengerutkan dahi licinnya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Donde viven las historias. Descúbrelo ahora