𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟕

25.1K 1.2K 38
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania berjalan mendekati pokok rambutan di belakang rumah Pun Zainab, kelihatan Ayu sedang berada di atas pokok manakala Wani sedang memegang tangga. Ceh, nak ambil buah rambutan kena naik tangga? Acah ayu ler tu!

"Banyok kengge lah, Wani!" Ayu menjerit dari atas pokok, kadang-kadang seluar slack nya dikibas-kibas untuk mengelakkan kerengga naik di seluarnya. Dania mencebik.

"Alah mung ni! Aku nok gi ambik galoh mung tak nok. Mung koya kabo nok panjat. Ho panjat lah! Dok wat ke orang panjat pokok rambutan guna tangga. Tobat kabo! Parok lah!" Wani membebel panjang, Ayu merengus kasar. Wani menggelengkan kepalanya sebelum terus berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan bebelan Ayu. Dania tersengih nakal dan berjalan dengan perlahan mendekati tangga tersebut.

"Aku ambik ni pung mung nok makang jugok— hok mung gi ogeh ke tangga tu wat natang—" Terdiam Ayu tatkala melihat Dania yang sedang memegang tangga tersebut. Jelingan tajam dihadiahkan pada Dania yang beriris biru itu.

"Nyampoh sunggoh la nengok ke orang dok reti nutup aurat ni—"

"Amboi-amboi mulut kau. Aku tenyeh mulut kau dengan cili merah kau nak?" Dania menjengilkan matanya tatkala mendengar omelan halus gadis itu. Nasib pokok rambutan ini jauh daripada rumah, senang sikit dia nak 'ajar' lembu betina ni!

"Mung sape ye nok genyeh mulut aku dengan lada? Mung pikir aku takut ke mung?" Terlopong luas mulut Dania tatkala dibidas kasar oleh Ayu. Gadis itu menjeling tajam wajah jelita Dania menyebabkan wanita beriris biru itu menderam kasar.

"Oh kau tak takut? Kau sabar jap!" Gelabah Ayu tatkala tangga kayu yang dipijaknya itu digoyang kuat oleh Dania. Kuat dia berpaut pada batang pokok.

"Mung gila ke?—"

"Memang aku gila!" Dania menolak kuat tangga kayu itu ke tepi menyebabkan ianya jatuh ke tanah. Terjerit kecil Ayu tatkala melihat tangga sudah jatuh ke tanah itu. Tangan halusnya berpaut kuat pada batang pokok rambutan.

"Kau turun sendiri!" Ayu seakan hendak menangis tatkala melihat Dania yang sudah berlalu meninggalkannya yang masih berpaut pada pokok itu, mulut terkumat-kamit memaki hamun wanita jelita itu.

"Mung tunggu aku ngadu ke abang Zaq!" Ayu menjerit separa kuat, baru sahaja kakinya hendak memijak ranting pokok namun gigitan kerengga yang memenuhi lengannya menyebabkan dia terpaksa melepaskan tangannya daripada berpaut.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now