𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟎

25.7K 1.1K 18
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania membiarkan tangan halusnya digenggam kemas oleh suaminya, kini mereka beriringan berjalan masuk ke dalam kedai yang menjual pakaian bayi. Zariel membiarkan Dania yang berjalan menghampiri bahagian yang dipenuhi dengan stoking dan sarung tangan kecil bayi. Rambang mata wanita itu melihatnya dengan penuh minat.

"Abang! Ni cantik!" Zariel mendekati Dania, isterinya itu sedang memegang kotak berisi dua pasang stoking dan sarung tangan bayi. Sepasang bewarna biru dan sepasang lagi bewarna merah jambu. Zariel menarik pinggang Dania merapati tubuhnya, dibiarkan sahaja isterinya mencuci mata dengan memandang barangan kecil itu. Bukan main bahagia lagi apabila mengetahui yang mereka bakal menimang bayi kembar, cuma jantina sahaja tidak diketahui lagi.

"Sayang nak ni!" Dania memeluk kotak sederhana berisi pakaian bayi kembar yang bewarna biru cerah dan merah jambu itu. Zariel hanya mengangguk perlahan mengiyakan kehendak isteri kesayangannya. Hampir 40 minit berada di dalam kedai itu, Dania akhirnya beriringan bersama Zariel keluar dari kedai menjual peralatan bayi itu. Dania berjalan terkedek-kedek di hadapan Zariel manakala lelaki itu sedang membawa beberapa beg kertas. Serupa bodyguard!

"Sayang, slow." Zariel menarik lengan halus isterinya sebelum menggenggam kemas tangan kecil Dania, jari-jemari kasarnya bersulam kemas dengan jari-jemari runcing isterinya itu. Dania tersenyum manis apabila dilayan sebegitu.

××××

Dania mengerutkan dahinya tatkala terasa kedua belah kakinya lenguh, belakang tubuhnya disandarkan pada kepala katil. Kedua belah kakinya dilipat supaya dia duduk bersila di atas katil, mudah untuk dia mengurut kakinya yang terasa lenguh teruk itu. Seharian berjalan bersama Zariel untuk membeli barangan bakal anak-anak mereka.

Bunyi pintu bilik air dibuka menyebabkan Dania mengangkat wajahnya sebelum memandang wajah tampan Zariel. Lelaki itu baru sahaja habis membersihkan wajah, tuala kecil yang digunakan untuk mengelap wajahnya disidaikan di tempat penyangkut tuala. Zariel melangkah mendekati Dania yang sedang mengurut kaki tersebut, isterinya itu hanya membisu dan tidak seperti selalu. Banyak sahaja celoteh mulutnya hendak berbual dengan Zariel.

"Lenguh?" Dania mengangguk perlahan, dibiarkan sahaja Zariel melabuhkan punggung dibirai katil berhampiran dengannya. Lelaki itu mengambil minyak berangin di laci night stand sebelum menarik kedua belah kaki Dania supaya berlunjur. Dania hanya menurut.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now