𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟎

21.4K 1K 18
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania melangkah keluar dari bilik mandi, sudah masuk dua minggu dia menemani Zariel di hospital dan lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Perut yang makin membesar diusap lembut seraya kaki panjangnya berjalan menuju ke arah kerusi bersebelahan katil Zariel. Punggung dilabuhkan dan helaan nafas terlepas.

"Bila abang nak sedar? Bila abang nak bercakap dengan sayang balik? Abang tak rindu sayang ke?" Tangan kasar Zariel yang terletak di sisi tubuh sasa itu digenggam kemas oleh Dania. Wajah tampan Zariel direnung penuh teliti.

"I miss you so much, inspektor Zaquan." Dania mengucap lembut kekura tangan kasar Zariel. Dia terlalu rindukan lelaki itu, dua minggu Zariel terlantar di atas katil sangat-sangat menyeksa jiwanya. Rindu akan suara garau Zariel mengucapkan kata-kata cinta. Rindu dengan tangan sasa Zariel yang sentiasa membelainya. Terlalu rindu akan renungan sepasang mata hitam garang Zariel padanya.

"Sayang tahu. Abang kuat. Janji dengan sayang, abang akan sedar sebelum sayang melahirkan anak-anak kita. Sayang tunggu abang." Dania bangkit sebelum melabuhkan kucupan hangat pada dahi suaminya.

××××

Kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam bilik utama, Dania mendekati katil sebelum melabuhkan punggung di atas katil. Perutnya yang membulat besar itu diusap lembut. Ruangan itu ditilik penuh teliti, seperti mengingati kenangannya bersama Zariel. Dania ke sini pun kerana hendak mengemas pakaian buat dirinya dan dibawa ke hospital semula. Mahu menemani Zariel sehingga lelaki itu sedar.

Tubuh kembali bangkit sebelum Dania mendekati almari, pintu dibuka dan serta merta anak matanya tertacap pada satu kotak sederhana besar yang berada di tempat pakaian suaminya. Dania segera mengambil kotak tersebut sebelum kembali menuju ke arah katil. Punggung dilabuhkan di atas katil semula.

Penutup kotak sederhana besar itu dibuka, kelihatan sehelai tudung bawal berwarna ungu cerah yang terlipat cantik di dalam kotak itu. Dania menggigit lembut bibir bawahnya.

Flashback

Terkerdip-kerdip kelopak mata Dania apabila tangannya ditarik lembut ke dalam sebuah butik yang menjual tudung. Nak tak nak, Dania hanya ikut sahaja langkah suaminya itu. Zariel berjalan perlahan bagi memudahkan Dania mengikut langkah kakinya.

"Abang nak beli apa dalam butik ni?" Ternaik kening Zariel tatkala menerima soalan dari isteri kesayangannya itu. Jari-jemari halus Dania bersulam dengan jari-jemari kasarnya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now