𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟐

24K 1.2K 11
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

××

Zariel menyangkut kunci kereta di dalam rumah kunci, Dania memeluk kemas lengan kekar suaminya seraya melekap dengan tubuh kekar lelaki itu. Zariel berjalan mendekati sofa di ruang tamu, punggung dilabuhkan di atas sofa empuk. Belum sempat Zariel hendak mencernakan apa-apa, Dania terlebih dahulu duduk diatas ribanya.

Sisi tubuhnya melekap pada dada Zariel seraya kepala dilentokkan pada bahu tegap suaminya. Zariel hanya membiarkan tindakan isterinya, tubuh disandarkan pada sofa, kedua belah lengannya melingkari pinggang ramping Dania.

"Nanti kan, kalau kita ada baby, abang nak baby girl ke baby boy?" Dania menempelkan dahinya pada pipi Zariel, jari-jemari halusnya mengelus lembut dada bidang keras suaminya. Bau maskulin tubuh kekar lelaki itu sangat menenangkannya.

"Tak kisah. Up to you, boy or girl, still my baby." Ringkas sahaja jawapan Zariel menyebabkan Dania tersenyum manis, kepala didongakkan bagi memandang wajah tampan suaminya. Kelihatan Zariel sedang memejamkan kelopak mata, Dania tersenyum manis. Tubuh kecilnya memanjat penuh tubuh suaminya, Dania menghempap penuh tubuh kekar Zariel.

"Abang masih cintakan arwah kak Lin?" Soalan daripada Dania menyebabkan Zariel mencelikkan kelopak matanya dengan perlahan. Wajah Dania yang dekat dengan wajahnya direnung penuh teliti. Tubuh sasanya kembali ditegakkan, tangan besarnya menahan belakang tubuh Dania sebelum mengangkat tubuh kecil itu dan diletakkan di atas sofa.

"Abang nak mandi." Dania mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali tatkala melihat Zariel yang sudah berlalu masuk ke dalam bilik. Rambut keperangannya dicekak sebelum disanggul tinggi. Tidak terasa langsung akan kelakuan lelaki itu tadi. Dania bangkit dari duduknya sebelum berjalan menuju ke ruangan dapur. Kabinet dapur dibuka bersama anak mata yang meliar mencari sesuatu. Senyuman manis terukir cantik pada wajah jelitanya tatkala menjumpai sesuatu yang Dania mahu.

Sebungkus besar plastik maggi yang belum dibuka diambil sebelum Dania mengoyakkan plastik tersebut. Sebungkus maggi diambil seraya Dania berpaling hendak mengambil periuk kecil yang berada di dalam kabinet sebelah.

"Mak kau!" Dania terenjat apabila tubuh hadapannya berlangar dengan tubuh hadapan Zariel tatkala dia berpusing tadi. Plastik meggi yang terlepas dari peganggannya disambut oleh Zariel daripada jatuh ke lantai.

"Kenapa makan maggie? Malam malam makan maggie?" Zariel menyoal Dania bersama alis kening dijungkitkan. Dania menggigit bibir bawahnya manakala anak matanya masih tertacap pada bungkusan kuning maggi kari itu.

"Lapar." Dania membalas lembut seraya mencebik, jarinya memintal hujung bajunya. Zariel memandang Dania tanpa riak, bungkusan maggi itu dibawa masuk ke dalam kabinet kembali tanpa menghiraukan isterinya.

"Ee abang—"

CUP

Terkerdip-kerdip kelopak mata Dania apabila dahi licinnya dikucup lembut oleh Zariel. Lelaki itu merenung wajahnya bersama riak wajah tenang.

"Abang masakkan spaghetti. Duduk sana." Zariel mengucup sekilas pipi bersih isterinya sebelum kembali berpusing menghadap kabinet dapur. Dania tersengih lebar. Ah bahagianya!

××××

Dania menjengahkan kepalanya ke dalam bilik peribadi Zariel, secawan hot chocolate yang dibuatnya dipegang dengan penuh berhati-hati. Kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut tanpa mengejutkan Zariel yang sedang khusyuk menelaah fail tebal yang diberikan Dylan siang tadi.

"Letak atas tu."

"Auch!" Dania segera meletakkan cawan hot chocolate itu diatas meja tatkala tangannya terkena air panas apabila tubuhnya terenjat akibat ditegur oleh Zariel. Zariel yang pada mulanya duduk di sofa kini terus mendekati Dania, tangan isterinya yang terkena air panas dipegang lembut seraya menarik isterinya masuk ke dalm bilik air yang tersedia di dalam bilik itu. Dania hanya melihat Zariel melalukan tangannya yang terkena air panas dibawah air paip.

"Sakit lagi?" Zariel menyoal lembut, tangan Dania dibelek dengan teliti bagi memastikan tiada sebarang kecederaan. Dania tersenyum manis melihat tindakan Zariel.

"Sakit!" Dania menjawab laju, bibirnya sengaja dicebikkan seraya membuat muka sedih. Zariel segera mengangkat wajahnya memandang Dania.

"Sakit dekat mana?"

"Sini." Tercengang Zariel apabila Dania melekapkan tapak tangan besarnya pada dada isterinya itu. Dania tersengih lebar seraya memandang wajah tenang suaminya.

"Sakit sebab abang tak jawab soalan sayang tadi." Dania dengan penuh berhati-hati menyatakan perasaannya. Wajah Zariel direnung penuh teliti. Dia terasa dengan cara Zariel sebentar tadi, cuma sengaja Dania memendamnya. Zariel menghela nafas perlahan, kepala ditundukkan ke bawah seraya mengucup tangan Dania yang terkena air panas itu.

"Don't ask me soalan macam tu lagi. Kita dah kahwin, fokus pada kita. I love you—"

"Not her."

××

Bersambung

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Bersambung...

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Onde as histórias ganham vida. Descobre agora