𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟓

26K 1.2K 16
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania mencelikkan kelopak matanya dengan perlahan, kepalanya dikalih ke tepi bagi melihat orang yang sedang menggenggam tangannya. Senyuman manis terukir indah pada wajah manis Dania tatkala melihat Zariel yang sedang tertidur sambil duduk dan hanya meletakkan kepalanya di atas katil. Tangan Dania digenggam kemas dan diletakkan hampir dengan wajahnya.

"Comel sangat ni kenapa?" Dania mengumam perlahan, tangannya yang digenggam oleh tangan besar Zariel ditarik perlahan namun terhenti tatkala terasa genggaman Zariel semakin mengemas pada tangannya. Zariel mengangkat kepalanya dan mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali bagi menghilangkan kabur di dalam matanya.

"Dah bangun abang?" Dania tersenyum manis, dibiarkan sahaja tangan halusnya digenggam kemas oleh Zariel. Zariel menyebakkan rambutnya ke belakang, tangan kanannya langsung tidak melepaskan tangan halus isterinya.

"Sayang ada sakit mana-mana ke?" Suara serak basah Zariel yang menghentam gegendang telinga Dania menyebabkan wanita itu tersengih lebar. Suka betul mendengar suara lelaki itu ketika bangun tidur. Tergoda!

"Tak." Dania menggelengkan kepalanya dengan perlahan seraya menjawab solan suaminya. Zariel mengusap kepala Dania sebelum melabuhkan kucupan hangat pada dahi isterinya.

"Sayang nak air?" Zariel meneliti wajah bersih isterinya, tidak tenang jiwanya ketika melihat wanita itu sakit dan terlentang di atas katil. Dania mengangguk bersama senyuman manis.
Zariel segera menuangkan air mineral ke dalam cawan, Dania yang baru sahaja hendak bangun ditahan oleh Zariel, lelaki itu dengan berhati-hati membantu isterinya supaya bersandar pada kepala katil. Cawan dipegang seraya membiarkan isterinya minum bagi menghilangkan haus di tekak.

"Kenapa abang nampak macam caring sangat ni? Sayang kena tembak dekat bahu je, bukannya dekat tempat penting pun." Dania tergelak kecil seraya melihat Zariel yang sudah duduk di atas kerusi di sisi katil selepas meletakkan cawan di atas meja. Tangan Dania dicapai sebelum digenggam kemas.

"Memang awak kena tembak dekat bahu, tapi dalam perut awak ada anak abang, sayang." Terkebil-kebil kelopak mata Dania hendak mencerna kenyataan daripada suaminya itu. Zariel mengucup belakang telapak tangan Dania.

"Anak abang? Perut? Tembak? Sayang?" Zariel tergelak kecil, geli hati melihat wajah blur isterinya. Macam budak sesat pula.

"Ya, awak mengandung." Kenyataan 'direct' daripada Zariel menyebabkan Dania menarik senyuman manis.

"Yes! Baby on the way!" Zariel tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya, dibiarkan sahaja Dania yang tampak sangat teruja itu. Mata meneliti raut wajah sempurna isterinya.

"Abang happy tak?!" Dania menegakkan badannya, namun lekas-lekas dihalang oleh Zariel. Lelaki itu menarik perlahan tubuh isterinya supaya merapatinya, Dania tersengih lebar seraya melentokkan kepalanya di atas bahu tegap Zariel.

"Happy—"

"Kenapa abang happy?" Terangkat alis mata Zariel tatkala disoal dengan solan sedemikian. Kepala Dania diusap sayang.

"Sebab anak abang—"

"Oh abang sayang anak abang je lah? Abang tak sayang Nia kan?" Laju saja Dania mengangkat kepalanya daripada terlentok di atas bahu tegap suaminya. Matanya merenung tajam wajah tampan suaminya. Zariel menahan tubuh kecil isterinya daripada bergerak terlalu banyak.

"Sayang, awak merepek apa? Kalau abang tak sayang awak, abang tak bagi awak bawa anak abang dalam perut awak." Jawapan daripada Zariel menyebabkan Dania tersenyum malu. Bibir suaminya dipicit kuat sebelum dihadiahkan kucupan sekilas pada pipi Zariel. Berkerut dahi Zariel tatkala bibirnya dipicit oleh isterinya itu.

"Jawapan yang paling terbaik dalam dunia!"

××××

Dania memandang Zariel yang sedang mengemas bajunya ke dalam beg. Besok, dia sudah boleh pulang ke rumah kerana luka pada bahunya tidak terlalu teruk. Belakang tubuh tegap Zariel direnung penuh minat, dari belakang pun lelaki itu tetap kacak.

"Kenapa tengok abang macam tu?" Danis tersentak tatkala melihat Zariel yang sudah berpusing menghadapnya seraya berjalan merapatinya. Belum sempat lelaki itu hendak melabuhkan punggung di atas kerusi, Dania terlebih dahulu menarik lengannya agar lelaki itu terduduk di birai katil.

"Semalam abang dah tidur atas kerusi, mesti belakang abang sakit. Meh tidur atas ni dengan sayang." Dania tersengih lebar melihat wajah kacak Zariel. Lelaki itu meraupkan rambut Dania ke belakang supaya tidak menganggu isterinya.

"Abang dah biasa—"

"Itu sebab abang kerja dengan orang tua mental tu. Sekarang ni abang tu husband sayang, so abang kena ikut cakap sayang." Terangkat alis mata Zariel, matanya memincing merenung wajah jelita waniya yang sah bergelar isterinya itu.

"Abang kena ikut cakap sayang?" Laju sahaja Dania menganggukkan kepalanya, sengihan melebar sehingga menampakkan susunan gigi putihnya.

"Abang—"

"Kata sayang wife." Dania membidas terlebih dahulu menyebabkan Zariel menggaru hidungnya. Hilang akal hendak berhujah dengan isterinya ini, panjang akal sungguh!

"Tidur." Zariel hanya mengabaikan Dania yang sedang tersengih nakal memandangnya. Baru sahaja dia hendak bangkit dari birai katil itu, Dania terlebih dahulu menyelar lengannya.

"Tidur dengan sayang. Katil ni muat untuk dua orang." Dania merengek sambil mencebik, kelopak mata dikerdipkan berkali-kali. Zariel kembali menghadap isterinya.

"Okey lah. Tidur." Zariel membaringkan tubuh kecil isterinya dengan berhati-hati, selimut ditarik supaya menutupi tubuh wanita kesayangannya itu. Dania hanya melihat Zariel yang baru sahaja berbaring di tepinya lelaki itu turut masuk ke dalam selimut. Dahi Dania dikucup seraya pipi wanita itu diusap lembut. Dania tersenyum manis dan memejamkan rapat kelopak matanya.

"Good night."

××

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bersambung...

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now