𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟔

25.4K 1.3K 38
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania menarik lengan baju t-shirt suaminya yang menggelebeh sampai ke siku itu ke atas bahu. Rimas! Rambut keperangannya disanggul tinggi seraya matanya mengerling Zariel yang sedang melipat telekungnya. Serta merta senyuman manis mekar pada wajah jelita Dania. Selepas sahaja solat berjemaah bersama keluarga besar lelaki itu, Zariel dan Dania terus masuk ke dalam bilik.

TOK

TOK

TOK

"Abang Zaq, maklong ajak makan malam." Kedengaran suara lunak Ayu dari luar. Dania memutarkan biji matanya seraya mencebik bibir. Amboi kau budak, bukan main berbelit lagi lidah nak sebut nama laki aku! Aku guting lidah puaka kau tu karang! Gerutu Dania di dalam hati.

"Kejap." Zariel menyahut, lelaki itu meraupkan rambut perang aslinya ke belakang seraya berjalan medekati Dania. Baju yang ditarik ke atas bahu diturunkan kembali supaya menutupi bahu putih mulus Dania.

"Jom makan." Tanpa menunggu jawapan daripada Dania, tangan halusnya segera ditarik oleh Zariel. Dania mencebik dan hanya mengikut suaminya, berjalan beriringan bersama Zariel ke ruangan dapur.

"Hoo tu mari doh tu. Zaq bowok tino mung sini." Mak wan iaitu ibu saudara Zariel memanggil tatkala melihat Zariel dan Dania memasuki ruangan dapur. Zariel tersenyum nipis seraya menarik lembut lengan halus isterinya supaya mengikutinya duduk bersama saudara maranya itu. Dania melabuhkan punggung di atas kerusi kerana suaminya menarikkan kerusi tersebut untuknya. Wajah ditunduk tatkala melihat sengihan nakal daripada sepupu dan ibu bapa saudara suaminya.

"Nia nak makang apa? Telor lemak cili api, ikang aye masak merah, ikang kerah eko goreng sekali sayur sawi masak lemak. Nok gape?" Puan Zainab menghulurkan pinggan berisi nasi kepada Zariel, lelaki itu meletakkan pinggan nasi itu di hadapan Dania sebelum mengambil pinggan nasi yang lain. Dania terkulat-kulat melihat lauk yang terhidang di atas meja itu. Ikan kerah eko? Ikan tu ekor dia keras ke? Aduh! Pelik-pelik betul!

"Awak nak makan apa?" Zariel menyoal lembut, ditarik kerusi isterinya supaya merapat dengan dirinya. Dania menunjuk pinggan besar yang berisi ikan aye masak merah seraya memandang wajah suaminya. Zariel segera mengambil sudu dan mengambil ikan masak merah itu ke dalam pinggan isterinya. Dania lama melihat dua mangkuk kecil yang berada agak jauh darinya.

"Yang dalam mangkuk kecil tu apa emak?" Dania memandang wajah Puan Zainab, dibiarkan sahaja mata-mata yang lain memandangnya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now