𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟗

19.9K 1K 17
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania mengesat lembut air matanya yang masih mengalir tidak henti-henti, bahunya diusap lembut oleh Aira. Kini mereka berada di ruang kecemasan menunggu Zariel.

"Aira, macam mana kalau Zariel tinggalkan—"

"Shh! Kak Nia tak baik cakap macam tu. Fikir yang baik-baik. Kak Nia kena kuat untuk anak-anak akak, untuk Zariel." Aira memeluk kuat tubuh Dania dan dibiarkan wanita itu menangis di dalam dakapannya. Aira mengelus lembut belakang tubuh adik iparnya itu.

"Keluarga Tuan Zaquan?" Dania segera meleraikan pelukan sebelum berdiri mendekati doktor lelaki yang baru sahaja keluar dari ruangan kecemasan tersebut.

"Macam mana dengan suami saya?" Dylan yang berada tidak jauh dari Aira segera mendekati isterinya, mereka hanya melihat Dania yang sedang menyoal doktor yang sedang merawat Zariel.

"Tuan Zaquan kehilangan darah yang sangat banyak. Keadaan suami puan agak kritikal. Saya hanya perlu katakan yang puan perlu banyakkan berdoa untuk suami puan." Kenyataan daripada doktor tersebut menyebabkan kedua belah kaki Dania melembik dan belum sempat tubuhnya jatuh, pinggangnya terlebih dahulu dipeluk oleh Dylan.

"Saya minta diri dulu." Dylan hanya mengangguk perlahan, tubuh Dania ditarik dan didudukkan di atas kerusi bersebelahan Aira. Dania menghamburkan tangisannya, berjurai air mata membasahi wajah mulusnya. Kenyataan daripada doktor yang merawat Zariel tadi tersangat-sangat menghancurkan hatinya.

"Abang macam mana kalau Zariel tinggalkan—"

"Dania." Dania memejamkan rapat kelopak matanya, Dylan menarik kepala Dania sebelum membiarkan adik perempuannya itu menghamburkan tangisan pada dada bidangnya. Aira hanya mendiamkan diri dan mengelus lembut belakang tubuh Dania.

Dania teresak kuat menangis, baju Dylan digenggam kemas. Bagaiman kalau Zariel meninggalkannya? Dia dan anak-anaknya sangat memerlukan lelaki itu.

××××

Dania merenung Zariel yang terbaring kaku di atas katil, tangan besar lelaki itu digenggam kemas. Wajah pucat suaminya ditilik dengan penuh teliti. Air mata yang mengalir lembut membasahi wajah mulusnya diseka perlahan. Kini Zariel ditempatkan di wad peribadi kerana telah disahkan stabil oleh doktor semalam.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now