𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟑

25.3K 1.2K 10
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

"Pap papepap pepappap—eh abang!" Dania yang sibuk menyanyi sambil membasuh pinggannya dan Zariel segera menutup pili air tatkala melihat suaminya yang baru sahaja mengambil cawan dan menuju ke peti sejuk.

"Awak dah kenapa, sayang?" Zariel menyoal tatkala Dania memeluknya dari tepi selepas sahaja dia menutup pintu peti sejuk. Dania menjengketkan kakinya seraya berjalan bersama Zariel menuju ke meja makan, dagu diletakkan di atas bahu tegap suaminya itu.

"Jom teman sayang pergi shopping malam ni!" Terangkat alis mata Zariel tatkala mendengar kenyataan daripada Dania. Punggung dilabuhkan di atas kerusi seraya cawan air diletakkan di atas meja, lekas-lekas Dania duduk di atas riba Zariel seraya memeluk kemas leher suaminya.

"Shopping? Nak beli apa?" Dania menarik sengihan lebar seraya mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali.

"Nak pergi beli baju, kasut and then nak beli baju baby!" Zariel terkebil-kebil hendak mencerna kenyataan yang meluncur laju keluar dari mulut isterinya. Belakang pinggang Dania ditahan dengan tangannya

"Baju baby?"' Dania mengangguk laju seraya menjungkitkan keningnya berkali-kali manakala bibirnya mengoyakkan senyuman lebar.

"Sayang?" Jari jemarinya mula nakal menyentuh dada bidang keras suaminya yang terdedah itu namun Zariel cepat-cepat memengang lengan halus isterinya.

"Sayang gurau lah! Muka tak leh bla betul la abang ni!" Zariel hanya melihat Dania yang tergelak kuat seraya turun dari ribanya. Nafas dihela tatkala melihat isterinya sudah pergi ke singki kembali. Boleh gila kalau melayan wanita itu.

"Abang teman tau! Kalau tak, abang tidur dekat luar malam ni!" Dania berdekah tertawa suka melihat wajah suaminya. Kepala kembali berpaling ke depan untuk meneruskan aktivitinya, namun tubuhnya mengeras tatkala pinggang rampingnya dirangkul dari belakang. Hembusan nafas hangat menampar lembut tepi wajahnya.

"Sebelum ni bukan sayang ke yang tak kasi abang tidur jauh dengan sayang?"

××××

Zariel menggenggam kemas tangan kecil isterinya, Dania tersenyum manis seraya kaki panjangnya berjalan laju menapak dalam mall itu.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now