𝐁𝐚𝐛 𝟖

27.6K 1.5K 107
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

××

Dania memandang sekilas wajahnya yang berseri-serinya itu di dalam cermin. Tudung bawal putih yang tersarung di kepalanya makin menaikkan seri wajah jelitanya. Hanya beberapa minit sahaja lagi, dia akan bergelar isteri kepada bodyguard nya. Gila? Ah lantaklah orang nak kata dia gila pun, yang penting dia boleh kahwin dengan bapak gajah handsome tu. Dulu nak tangkap cintun tak jadi sebab Zariel tengah bercinta dengan arwah Linda

"Dania. Dah siap ke?" Dania memalingkan tubuhnya memandang Datin Diana yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut. Senyuman manis dilebarkan lagi apabila melihat wajah cantik Datin Diana.

"Dah!" Datin Diana tergelak kecil, kaki panjangnya melangkah mendekati Dania sebelum menggenggam kedua belah tangan halus anak gadisnya. Dania duduk di birai katil tatkala kedua belah tanggannya ditarik oleh Datin Diana.

"Mama tak sangka yang anak bongsu kesayangan mama ni akan menikah hari ni. Dulu mama ingat Dania akan kahwin dengan orang luar, rupanya anak mama ni kahwin dengan orang yang mama kenal sangat.
Pandai Dania carikan calon suami." Dania mengekek kecil menyebabkan Datin Diana tersenyum manis. Dia sokong dengan keputusan Dania hendak berkahwin dengan Zariel kerana dia sudah lama berkenan dengan perangai lelaki tersebut. Matang dan baik.

"Nia lepas dah jadi isteri orang, kena elokkan sikit perangai tu. Jangan buat perangai sangat. Kasihan Zariel nak melayan." Datin Diana mengusap lembut lengan anak gadisnya. Dania tergelak suka menyebabkan Datin Diana mengelengkan kepala. Bukan boleh percaya Dania ni, kalau dia buat perangai gila dia. Habislah si Zariel.

"Mana boleh mama, ni perangai Nia. Mestilah Nia kena teruskan juga." Dania tersengih lebar sebelum memeluk tubuh tua mamanya, Datin Diana hanya tersenyum manis. Macam-macam betul.

"Jangan nakal-nakal dan jangan buli Zariel." Pelukan dileraikan, sengihan Dania makin melabar. Ah biarlah, belum jadi suami pun dia dah buat gila dengan lelaki itu, inikan pula bila dah sah jadi suaminya!

××××

"Aku nikahkan dikau dengan adikku Dania Marisa binti Darren Michael dengan mas kahwinnya sebanyak 10 ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Dania Marisa binti Darren Michael dengan mas kahwinnya 10 ribu ringgit tunai." Membulat mata Dania tatkala mendengar ucapan Zariel.
10 ribu ringgit?

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Kde žijí příběhy. Začni objevovat