𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟖

25.6K 1.2K 34
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

××

Dania menepuk lembut lengan Zariel yang baru sahaja siap dibalutnya. Selepas sahaja naik mandi tadi, terus saja dia membalut tangan suaminya itu kerana apabila diajak ke klinik tidak dilayan oleh Zariel.

"Terima kasih." Zariel tersenyum nipis seraya mengusap kepala isterinya, dalam perangai gila-gila Dania masih terselit kelembutannya. Dania hanya tersengih lebar sehingga menampakkan susunan gigi putihnya yang teratur rapi itu. Keadaan kembali sepi, Dania bangkit dan terus menyidai tualanya ditingkap manakala Zariel hanya memerhati.

"Esok kita kena balik." Kenyataan daripada Zariel menyebabkan Dania segera berpaling menghadap lelaki itu. Balik? Selangor?! Dania segera mendekati Zariel sebelum menghempaskan punggung di sebelah suaminya itu.

"Kenapanya? Baru dua hari kita datang sini!" Dania mencebik seraya memeluk erat lengan kiri Zariel yang tidak luka. Lelaki itu hanya memandang wajah cemberut isterinya. Betul apa yang dikatakan Dania itu, baru dua hari duduk di sini, namun baru sahaja tadi di ladang, Dylan telah menelefonnya mengatakan bahawa Zariel perlu balik dengan kadar segera untuk ke Itali. Ada urusan penting yang perlu diuruskan.

"Abang awak telefon saya suruh kita balik. Saya kena ke Itali pula—"

"Kita honeymoon dekat Itali pula!" Laju saja Dania membidas sambil tersengih lebar. Dagunya disangkut di atas bahu tegap Zariel. Lelaki itu menggaru puncak hidungnya yang tidak gatal.

"Kan awak kan?" Dania merapatkan tubuhnya dengan sisi tubuh Zariel sehingga kedudukan mereka terlalu rapat antara satu sama lain.

"Saya tak pasti, Tuan Dylan mesti tak izinkan—"

"Ah lantaklah orang tua mental tu! Saya nak ikut juga!" Dania menjeling tajam wajah Zariel. Dylan tak kasi? Dylan halang? Ah abang sulung haprak tu kalau dipujuk sikit kasi ler! Ini Dania Marisa okey!

"Xarie dengan Aidil kan ada! Suruh je lah diorang! Abang Dy ni memang sengaja je—"

"Bukan sayang. Saya yang uruskan semua data peribadi tu, Xarie dengan Aidil tak tahu menahu pun pasal semua tu. Lagipun Xarie kan bodyguard, Aidil hacker, memang saya je lah yang kena." Penerangan daripada Zariel menyebabkan Dania terdiam. Lupa pula dia yang Xarie sudah naik pangkat sebagai ketua bodyguard selepas sahaja Zariel berkahwin. Ada betul juga. Tapi tetap salah Dylan! Siapa suruh Zariel je yang jaga data tu! Huh!

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Donde viven las historias. Descúbrelo ahora