𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟏

27.4K 1.4K 80
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania mendekati Zariel yang sedang menonton television di ruang tamu. Selepas sahaja makan tadi, dia terus masuk ke dalam bilik untuk mengemas pakaiannya dan diletakkan di dalam almari suaminya. Pening juga lihat pakaian lelaki itu, semuanya bersangkut dan berlipat kemas. Betul-betul pembersih dan kemas suaminya ini. Ah untungnya!

Kaki panjang persis bak model Dania berjalan mendekati Zariel sebelum dia melabuhkan punggungnya bersebelah lelaki itu dan terus baring, kepala beralaskan riba suaminya. Zariel hanya menunduk memandang Dania yang sudah terbaring itu, rambut keperangan Dania diusap lembut seraya matanya kembali merenung skrin television.

Dania merenung penuh minat wajah suaminya dari bawah. Bulu mata yang melentik cantik, hidung mancung terletak dan bibir yang nipis menggoda. Rahang tirus dan wajah bersih tanpa sebarang kumis atau bulu itu sangat menyerlahkan ketampanan lelaki ini. Tapi jikalau Zariel mempunyai kumis, pasti lagi bertambah tampan!

"Awak." Zariel menunduk memandang Dania bersama sebelah kening dijungkitkan. Dania sedang tersengih lebar, tangannya naik menyelak rambut depan Zariel yang terjuntai di dahi.

"Rambut awak panjang. Macam mana polis boleh rambut panjang ni?" Terangkat alis Zariel tatkala disoal sedemikian, dibiarkan sahaja Dania bermain dengan rambut depannya yang panjang itu.

"Saya di bawah Tuan Dylan. Saya tak bekerja dengan PDRM sangat pun. Kalau ada kes berat baru saya campur tangan. Kalau tak, saya dengan Tuan Dylan je. Tuan Dylan tak pernah larang anak buah dia berambut panjang atau berwarna setakat ni." Zariel memberi pernerangan penuh kepada isterinya. Rambut Dania dielus lembut. Dania hanya melihat penuh minat gerakkan bibir mulut suaminya.

"Rambut awak perang asli eh?" Lelaki itu mengangguk perlahan menjawab solan cepumas isterinya. Dahi licin Dania dielus lembut manakala matanya masih merenung skin televisyen tanpa terganggu dengan soalan Dania.

"Awak, jom pergi honeymoon?" Dania mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali sambil memandang wajah Zariel dari bawah. Lelaki itu menggaru perlahan hujung hidungnya yang berasa gatal seraya menunduk memandang wajah jelita Dania.

"Jom." Terukir cantik senyuman manis pada wajah jelita Dania tatkala menerima jawapan positif daripada suaminya. Laju sahaja Dania bangkit dan memandang wajah Zariel bersama riak wajah teruja.

"Saya nak honeymoon dekat US!" Berkerut dahi Zariel. US? United State? Buat apa pergi jauh-jauh sedangkan dalam negara pun ada tempat yang menarik dan cantik. Kepala digelengkan perlahan, tidak bersetuju dengan cadangan Dania itu.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now