𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟓

24.4K 1.1K 14
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Zariel mengelus lembut kepala Dania, wajah jelita isterinya itu direnung penuh teliti. Senyuman nipis terbit menghiasi wajah tampannya tatkala teringat akan hal yang terjadi tadi. Puas hendak memujuk diva gojes ini, lepas menangis tadi ingatkan dah okey, rupanya sambung merajuk semula. Sabarlah Zariel, isteri kau juga!

Selimut tebal ditarik untuk menyelimuti tubuh kecil Dania sehingga ke paras bahu. Batal kecil dicapai sebelum diletakkan di bawah perut besar Dania, dengan perlahan Zariel bangkit dari pembaringan sebelum berjalan mendekati telefon bimbitnya yang berkecai di atas lantai.

Dikutip satu per satu serpihan yang berterabur di atas lantai sebelum diletakkan di atas meja solek. Zariel melangkah keluar dari bilik untuk mengambil penyodok dan penyapu. Serpihan kaca screen telefon yang berterabur di atas lantai disapu bersih sehingga tidak ada satu pun serpihan yang boleh menyebabkan Dania terpijak.

Selepas sahaja memastikan lantai tersebut bersih, Zariel kembali meletakkan penyodok dan penyapu di tempatnya kembali. Lelaki berambut perang itu mendekati almari sebelum mencapai jogger pant. Rambut keperangannya diraupkan ke belakang, mata merenung Dania yang sedang tidur melalui cermin meja solek.

Telefon bimbitnya yang tidak sempurna itu diambil sebelum kaki panjangnya melangkah keluar dari bilik, Zariel menuju ke bilik peribadinya. Suis lampu dihidupkan sebelum Zariel melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut. Alat kecil berwarna hitam yang berada di atas meja dicapai sebelum punat belakang alat itu ditekan.

"Anything?" Kedengaran suara serak basah Aidil menghentam gegendang telinga Zariel. Lelaki itu melabuhkan punggung di atas kerusi kerja sebelum belakang tubuh disandarkan. Rambut diraup ke belakang.

"Sambungkan pada Clark." Zariel menghidupkan laptopnya, terpampang jelas gambar Dania sedang tersenyum manis di screen laptopnya.

"Kau ni gila ke apa? Pukul 2 pagi tiba access benda ni lepastu suruh aku sambung ke Clark. Meroyan?" Nafas dihela perlahan tatkala mendengar bebelan lelaki berambut hitam itu di dalam talian. Kalau ada depan-depan ini, mahu kena penumbuk Zariel.

"Aku—"

"Hah satu lagi! Asal kau access benda ni? Tak regi nak call ke? Telefon kau mana?" Belum sempat Zariel hendak menjawab, Aidil terlebih dahulu membidas. Zariel mendiamkan diri seraya menggaru lembut puncak hidungnya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now