The King Romance: 14

Start from the beginning
                                    

"Helloo bik... ni Lara..." Beritahu Alara.

"Oh... Lara... Iya kenapa tu Lara?" Tanya orang gaji.

"Ni... mummy mana, bik? Lara call mummy tapi tak jawab..."

"Ohhh ibu Rosila lagi punya tetamu..."

"Tetamu? Siapa bik? Takkan lah mummy tak boleh jawab call Lara..."

"Iyaaa, aku jugak gak tahu kok. Tapi kelihatannya seperti tetamu istimewa..."

"Haa... tetamu istimewa? Maksud bibik?"

"Gini... aku dengar-dengar tadi, mereka semua datang untuk melamar kamu..."

Hampir terjatuh Iphone dari tangan Alara mendengarnya.

"Apa bik? Seriouslah? Jangan main-main bik..."

"Benerrr dong. Itu yang aku dengar tadi. Kalau kamu mahu kepastian, cepat sini... pulang ke rumah yukkk."

Alara terus mematikan talian. Fuh, berangin dadanya saat ini menahan rasa. Takkan lah sepantas ini pula Datin Rosila ingin mencari pengganti untuknya. Baru minggu lepas dia bercerita pada Datin Rosila, lahhh hari ini terus ada rombongan untuk dirinya. Aduh, parah.

Alara berlari anak keluar dari toilet. Dia dah tak pandang kiri dan kanan dah. Kalau boleh sekarang juga dia ingin sampai ke rumah. Haih, tak senang hatinya saat ini.

Alara terjengket-jengket pula apabila kakinya dirasakan sedikit melecet akibat berlari dengan memakai heels. Badannya ditunduk sedikit untuk melihat belakang kakinya mula merah dan pedih.

Tanpa sedar, Alara terasa tangannya ditarik kuat sehingga badannya melambung jatuh ke atas seseorang. Elok Alara landing pada tubuh seorang lelaki.

"Alara!" Jerit Fariha kuat lalu keluar dari kereta. "Woiiii, buta ke? Bawak kereta laju-laju nak pergi mana ha?!"

Fariha memaki sebuah kereta yang telah berlalu pergi. Alara nyaris dilanggar tadi. Punya risau dia melihatnya. Nasib Alara tidak apa-apa.

Alara yang terkejut itu mengangkat muka dari tersembam ke dada lelaki yang menyelamatkannya. Alara menelan liur apabila dia betul-betul menindih lelaki itu. Dup dap dup dap kedengaran jantungnya berdegup.

Alara menatap anak mata lelaki itu. Wajah lelaki itu tidak jelas memandangkan lelaki itu mengenakan mask hitam. Hanya mata mereka sahaja bertatapan. Alara seperti pernah lihat anak mata itu.

Namun, tubuh Alara ditolak ke bawah. Lelaki itu cepat-cepat bangun dan meninggalkan Alara. Terpinga-pinga Alara melihat lelaki itu mula hilang dari pandangan mata.

"Alara! Kau okay ke?" Fariha berlari mendapatkan Alara. Tubuh rakannya dibelek.

Alara tersentak dengan suara Fariha. Dia hanya mengangguk sahaja.

"Errr... aku okay... aku okay..." Jawab Alara cuba menenangkan dirinya.

"Bodohlah kereta tu. Dalam basement macam ni pun nak bawak laju!" Fariha masih dihantui marah.

"Tak baiklah kau cakap macam tu. Silap aku jugak tadi, lintas tak pandang kiri kanan." Balas Alara.

Alara cuba untuk bangun. Fariha membantu Alara bagi menstabilkan diri. Dia memapah Alara untuk ke kereta yang diparkir di seberang jalan.

Alara hanya mengikut langkah Fariha. Kepalanya ditolehkan ke belakang. Dia cuba mencari-cari lagi kelibat lelaki yang menyelamatkan dirinya tadi. Siapa dia ya?

Alara masuk ke kereta dengan penuh tanda tanya di kepala. Dia masih belum boleh menghadam kejadian tadi. Semua berlaku dengan cepat dan pantas.

"Lara..." Fariha menggoncangkan bahu Alara.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now