The King Romance: 7

Start from the beginning
                                    

"Ah tak kisah lah apa pun nama dia... aku nak tanya ni, kau ada nombor telefon dia tak?"

"Nombor telefon? Kenapa?"

"Saja, tanya. Kau kan selalu cepat aje mintak nombor telefon perempuan..."

"Aku lupa nak mintak semalam. Kenapa? Kau nak nombor dia ke?"

Raja Adriel diam sekejap. Otaknya cuba berfikir-fikir sebelum menjawab.

"Aku nak kau dapatkan nombor dia dan bagi pada aku. I have something to deal with her." Jawab Raja Adriel sedikit serius.

"Something? Apa dia? Kau nak try dia ke?" Nakal Raja Haziq bertanya.

Raja Adriel menjeling tajam.

"Yaaa... aku nak try dia. Kenapa? Ingat kau aje ke boleh try perempuan?" Balas Raja Adriel sinis.

"Wowwww... gempak. Tapi perempuan macam Fariha tu bukan taste kau kan? Setahu aku... kau ni suka perempuan yang cantik dan hot. Contoh macam... macam... haaa Alara Sophia. Apa kata kau try Alara? Mesti lagi gempak doh! Fuh bercinta dengan selebriti wehhh!"

Raja Adriel melemparkan kertas yang direnyuk pada Raja Haziq.

"Dari kau berangan, baik kau cepat-cepat dapatkan nombor telefon kawan Alara tu. Ingat, aku tak suka tunggu lama. Sharp at 5, aku dah dapat apa yang aku nak." Padat dan ketat Raja Adriel memberi arahan.

Raja Haziq merengus. Haih, Raja Adriel nak try perempuan pun kena guna dia juga sebagai orang tengah. Bapak tak gentleman sepupunya ini.

"Yelaa... nanti aku pass nombor telefon Fariha tu pada kau. Tapi, kau jangan guna ni sebagai trick untuk kau nak try Alara pulak. Bukan boleh caya kau ni..." Ejek Raja Haziq.

"Banyak cakaplah kau ni... dah keluar! Pergi balik office kau. Aku nak sambung kerja." Raja Adriel buat-buat sibuk.

Raja Haziq bangun dari kerusi.

"Kot ye pun nak buat kerja, tak perlu lah google pasal Alara Sophia tu." Sindir Raja Haziq apabila dia ternampak skrin yang masih terpasang pada Iphone Raja Adriel.

Raja Adriel yang terkejut itu lantas lock Iphonenya. Aduh, macam mana dia boleh tidak perasan ini.

Raja Haziq hanya menggeleng. Tadi pagi bukan main tak berminat nak tengok gambar Alara. Haa sekarang punya lah nak tenung gambar Alara sampaikan zoom tepat pada wajah Alara. Pelik-pelik aje sepupunya ini.

Raja Adriel menarik nafas sebelum menyambung kerjanya yang tergendala.

Tepat jam lapan malam, Raja Adriel meninggalkan pejabat. Dia selesaikan awal-awal kerjanya memandangkan dia akan cuti untuk beberapa hari.

Sempat Raja Adriel singgah ke suatu tempat sebelum dia pulang ke rumah.

Raja Adriel meletakkan finger print di smart door. Pintu rumah ditolak perlahan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik tidur utama. Dia ingin menyegarkan tubuhnya dari rasa penat yang menjengah diri.

Raja Adriel selesai mandi dan juga menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Dia melipat sejadah dan terus merebahkan badannya pada katil.

Lampu tidur dimalapkan sedikit. Dia mengambil Ipad yang diletakkan di meja sisi dan membaca berita-berita dunia. Itulah rutin dia sebelum tidur. Dia akan memastikan dirinya mengikuti perkembangan semasa lagi-lagi berkaitan dengan business dan real estate.

Akhirnya, Raja Adriel memutuskan untuk tidur apabila rasa mengantuk mula hadir. Dia menyimpan Ipad ke tepi. Mata dipejam rapat. Dia ingin dapatkan tidur yang cukup.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now