The King Romance: 6

Start bij het begin
                                    

Raja Adriel menggeleng lagi.

"Kau ni tak tengok TV ke?"

Raja Adriel tetap menggeleng.

"Aduh kau ni... tak ikut perkembangan semasa lah." Kutuk Raja Haziq.

Ceyy, padahal semalam Raja Haziq sendiri pun tidak mengenali Alara Sophia. Bukan main lagi dia pula berlagak terpaling up to date.

"Kenapa dengan dia?" Raja Adriel bertanya.

"Alara Sophia ni sebenarnya... seorang selebriti tau. Famous jugaklah... nah tengok, followers instagram pun satu juta lebih." Tunjuk Raja Haziq lagi.

"Selebriti?" Raja Adriel minta kepastian.

"Yup. Selebriti... kejap... aku tunjukkan kau something..."

Raja Haziq menaip sesuatu di telefonnya. Segera dia menghulurkan Iphonenya pada Raja Adriel.

Raja Adriel bangun dari baring. Matanya fokus membaca tulisan yang terpapar pada skrin telefon di tangan. Wikipedia mengenai Alara Sophia.

'Alara Sophia (Lahir pada 20 March 1997 (26 tahun), di Edinburgh, Scotland) merupakan seorang pelakon dan juga model bagi beberapa jenama terkenal dari seluruh dunia. Beliau berdarah campuran Melayu dan Scotland iaitu bapanya berketurunan Melayu dan ibunya pula warganegara Scotland. Beliau diberi gelaran oleh peminat dan media dengan 'Nation Beauty' serta 'Malaysian Truly Beauty'  kerana memiliki rupa paras yang cantik asli. Malah, beliau pernah tercalon antara wanita-wanita tercantik dari negara Asia dan Malaysia. Alara Sophia juga merupakan graduan dari University of Manchester dan memperolehi Ijazah Kelas Pertama dalam jurusan Politics and Anthropology. Namun, atas bakat dan minatnya yang mendalam pada dunia lakonan, beliau memutuskan untuk menglibatkan diri sebagai anak seni.'

Terpegun Raja Adriel membaca butiran pengenalan diri Alara itu. Bukan calang-calang rupanya Alara. Selebriti yang terkenal. Malah, Alara juga seorang yang bijak pandai. Mahu tersembur biji matanya mengetahui latar pendidikan wanita itu.

"Amacam? Kau terkejut tak dapat tahu tentang ni?" Raja Haziq bersuara.

Raja Adriel hanya diam. Dia menghulurkan semula Iphone kepada Raja Haziq.

"Tak sangka betul... kau selamatkan selebriti. Memang bertuah betul lah kau ni, Riel." Raja Haziq menepuk bahu Raja Adriel. Bangga sekejap dia dengan lelaki itu. "Tapi aku tahu kenapa kau selamatkan dia..."

"Kenapa?" Raja Adriel menunggu jawapan.

"Sebab dia wanita tercantik di dunia." Raja Haziq ketawa kecil.

"Jangan nak mengarut. Takde kaitan langsung. Dah orang mintak tolong, takkan aku nak biarkan. Aku selamatkan ajelah." Raja Adriel menafikan kata-kata Raja Haziq.

"Eleleleyyy, yelah tu. Selalu kau tak layan kalau orang mintak tolong tepi jalan macam tu."

"Kau ni... aku buat pahala pun nak bising. Kalau buat dosa, laju pulak kau sokong." Perli Raja Adriel.

Raja Haziq sudah ketawa besar.

"Yelaa... teruskan lah kutip pahala tu. Semoga kau boleh tarik aku sama-sama masuk ke syurga." Ucap Raja Haziq dalam tawa.

"Kalau aku sorang aje yang tarik kau tak boleh jugak. Diri sendiri tu dulu kena berubah. Ini pantang nampak perempuan cantik dan seksi, mulalah otak tu fikir ke lain." Raja Adriel menegur.

"Alaaa... bukannya selalu." Raja Haziq menayangkan sengihan. "Tapi jujur bro, Alara ni antara wanita cantik pernah aku jumpa."

"Jumpa? Bila kau jumpa dia?"

The King Romance (HIATUS)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu