PROLOG

33.4K 558 44
                                    


THE KING ROMANCE membuka tirai.


♛♛♛♛♛♛


'Even my darkness shines for you.'


♛♛♛♛♛♛


"Boleh tak jangan menyusahkan aku? Kau ikut ajelah peraturan aku! Jangan nak banyak bising pulak!" - Raja Adriel Shah

"You yang menyusahkan hidup I dengan peraturan mengarut semua ni! Eeeiii tah pape!" - Alara Sophia


♛♛♛♛♛♛


"Tiada lagi peraturan antara kita. I broke my rules for you." - Raja Adriel Shah

"And till the end, Lara tetap akan rindu peraturan abang yang dulu." - Alara Sophia


♛♛♛♛♛♛


Sinopsis:


Raja Adriel Shah adalah seorang jejaka tampan yang berketurunan kerabat diraja yang tidak suka menyantuni rakyat dan lebih selesa hidup dalam dunia sendiri. Adriel juga dikenali dengan sikap dingin dan sombong yang menyebabkan dia sukar untuk didampingi. Sesiapa yang cuba mendekatinya, pasti makian yang akan diberi. Dia rimas dengan perhatian yang melampau terutamanya dari para gadis!

Alara Sophia pula merupakan seorang selebriti terkenal yang berjaya menerpa nama bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga. Kecantikan dan bakat yang dimiliki Alara membuatkan dia dikelilingi dengan peminat fanatik. Pantang bertemu Alara, pasti semua akan menjerit gembira melihat Alara di depan mata!

Tapi, tidak bagi Adriel. Insiden pertama yang berlaku antara dia dan Alara telah membuat hatinya bergelodak marah apabila Alara berani menghalau dirinya. Belum pernah ada rakyat yang bersikap kurang ajar seperti Alara. Wanita ini benar-benar mencabar kedudukannya.

Takdir tiba-tiba berubah apabila Adriel dan Alara akhirnya berkahwin.


"Kau sengaja kan nak kahwin dengan aku sebab nak hidup senang." Raja Adriel Shah

"I tak hadap lah kesenangan semua ni! I masih ada maruah!" Alara Sophia


Perkahwinan yang tanpa kerelaan itu membuatkan Adriel dan Alara tersepit dan terpaksa berpura-pura seperti perkahwinan mereka adalah paling bahagia. Semua mencemburui Alara kerana berjaya menjadi isteri kepada Adriel. Hakikatnya, cukuplah Alara yang tahu segalanya.


♛♛♛♛♛♛


Novel ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Jika ada persamaan itu hanyalah kebetulan sahaja.


©WNFHANNA - 2023

ALL RIGHT RESERVED

Starting date: 18 September 2023

Finish date: To be update



Amaran keras:

❌Uncensored & 18 +

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now