Soalan Alia itu mengembalikan Fatima ke alam realiti. Satu keluhan terlepas dari dua ulas bibirnya. “I tried. Tapi, aku tak rasa aku mampu sebab aku percaya, Fir belum move on dari Husna.”

“Kenapa kau cakap macam tu?” soal Alia dengan dahi berkerut. “Dia still contact dengan perempuan tu ke?”

“Takde lah.” Fatima pantas menggeleng. “Kau tahu kan, betapa sayang dan cintanya Fir dekat Husna. Mana mungkin dia boleh move on daripada Husna dalam jangka beberapa bulan je.”

“Hati manusia ni, kita tak boleh jangka, Fatima. Entah-entah abang aku dah jatuh cinta dekat kau.” Bukan Alia berniat mahu memberi harapan kepada Fatima, tapi, dia hanya mahu sedarkan temannya itu.

“Aku tak nak letak harapan, Alia,” tutur Fatima sambil tersenyum hambar. Entah sampai bila hubungannya dengan Firhan akan bertahan pun dia tidak tahu. Mungkin, esok lusa Firhan akan kembali semula kepada Husna? Siapa tahu, kan?

“Pastu?” Alia menjungkit kening.

“Aku follow the flow je.” Fatima rasakan itu adalah jalan terbaik.

“Okeylah kalau kau cakap macam tu. Tapi, kalau kau nak aku tolong anything, beritahu je.”

Fatima mengangguk kecil.

 


YOU tak nak makan?” soal Firhan setelah mengambil tempat di meja makan.

“Tak apalah. I kenyang lagi. You makanlah," ujar Fatima seraya meletakkan pinggan nasi di hadapan Firhan.

“Sorry menyusahkan you malam-malam macam ni. Tak pasal-pasal you kena masak untuk I.”

“Tak susahlah, Fir. Setakat goreng telur dadar dengan sambal sardin. Mudah je,” tutur Fatima sambil tersenyum. Lebih kurang setengah jam yang lepas, dia turun ke dapur untuk minum air kerana tekaknya terasa kering. Kebetulan pula, dia bertembung dengan Firhan yang sedang menyelongkar kabinet dapur, mencari mi segera.

“I lapar. Ingatkan nak masak maggi.”

Boleh pula, malam ini, mereka kehabisan stok mi segera. Jadi, Fatima terus sahaja menawarkan diri untuk menyediakan makanan untuk Firhan.

“You betul-betul tak nak join I? Kalau nak, I boleh tolong sendukkan nasi.”

Fatima menggeleng. “I makan banyak sangat pisang dengan keledek goreng petang tadi. You makan je. I tunggu you.”

Firhan tidak lagi memaksa. Nasi yang masih berasap digaul dengan kuah sardin.

“By the way, you sembang apa dengan Alia petang tadi? Rancak semacam je.”

“Sembang pasal students. Tak ada yang menarik pun,” jawab Fatima. Gelas yang berisi air kosong dicapai lalu dibawa ke mulut.

“Cikgu-cikgu sangat.”

“Tentulah.” Fatima tersengih. Dia dan Alia, dua-dua menjawat jawatan sebagai guru bahasa Inggeris. Bezanya, Alia mengajar di sekolah berasrama penuh manakala dia mengajar di sekolah harian biasa. Mujurlah kedua-dua mereka tidak dihantar mengajar jauh di Borneo sebaik tamat ijazah perguruan mereka.

“Alia tu, dia memang single eh?”

Tawa Fatima spontan meletus dengan soalan yang tidak terduga itu. Matanya yang dibuai kantuk tadi langsung terasa cerah semula.

“Kenapa you tanya?”

Firhan menjungkit bahu. “I tengok dia macam forever alone. I tanya you sebab I tahu you rapat sangat dengan dia.”

“Yup. Kita orang memang rapat and setakat ni, dia tak pernah cerita lagi pasal boyfriend dia. So, I assume dia masih single.”

“Seingat I, a few years back, dia ada kenal-kenal dengan seorang lelaki. Tapi, I lupa nama dia. I pernah terserempak Alia dengan lelaki tu dekat mall.”

“Dani ke?” Seingat Fatima, sepanjang perkenalannya dengan Alia, hanya Dani satu-satunya lelaki yang pernah keluar dengan Alia.

“Ha betul-betul!” Firhan mengangguk laju. “Apa cerita dah dengan mamat tu?”

“Dani dah kahwin. Awal tahun haritu.”

“What?!” Firhan yang baru sahaja mahu mencubit telur dadar langsung terbantut tingkahnya. “Are you serious?”

Fatima mengangguk. “Dani tu, kawan kami time dekat uni dulu. Dia memang ada cuba nak kenal dengan Alia, tapi Alia tak berminat. Yang you jumpa dekat mall tu, kali pertama dan terakhir dorang keluar berdua. Oh, bukan berdua actually sebab I pun ada sama waktu tu.”

“Wait, wait. Hold on pasal Alia and that Dani boy. You ada jugak waktu tu?”

“Yup.”

“Kenapa I tak perasan you?”

Fatima tersenyum nipis. “I pergi toilet waktu tu. I keluar je dari toilet, you dah gerak dah.” Dia masih ingat momen itu. Ketika itu, Alia memintanya untuk menemani gadis itu keluar bersama Dani. Maklumlah, Alia mana mahu keluar berdua-duaan dengan mana-mana lelaki, jadi Alia mengheretnya untuk ikut serta.

Mereka singgah makan di restoran Ayam Penyet dan selepas memesan makanan, Fatima beredar untuk ke tandas. Ketika itulah, dia bertembung dengan Firhan, dan juga Husna. Mereka berselisih, namun, mana mungkin Firhan boleh perasan akan kehadirannya kalau lelaki itu rancak bersembang dengan Husna. Dia masih ingat dengan jelas betapa lebar dan manisnya senyuman Firhan ketika itu. Jari Husna juga kejap pada hujung lengan jaket kulit yang dipakai Firhan ketika itu. Sewaktu dia kembali semula ke restoran selepas ke tandas, Firhan dan Husna sudah beredar dari situ.

Bukan Fatima berniat untuk menyimpan secara total memori itu, namun, entah kenapa, segala benda yang berkait rapat dengan Firhan, mudah sahaja melekat dalam kotak ingatannya.

“Berbalik pasal Alia, I rasa, dia belum ready untuk kahwin. Dia nak buat master dulu. And, dia nak buat master dekat uni luar negara. So, dia fikir, kalau dia kahwin before dia siapkan master, benda tu agak merumitkan keadaan,” terang Fatima sekaligus mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu Firhan berasa tidak selesa jika terus-menerus membincangkan peristiwa di pasar raya dua tahun lalu itu.

Firhan mengangguk kecil. Mengerti.

“You nak tambah nasi ke?” soal Fatima sebaik melihat pinggan Firhan yang sudah hampir kosong.

“Tak apa. I dah kenyang.”

“Okey. Esok I goreng nasi je kalau macam tu.”




tbc

Seingat I dekat bab-bab awal, I dah letak hint tentang insecurity Fatima. Fatima sangat insecure since dia tahu betapa sayangnya Firhan dekat Husna.

So, start bab ni dan bab-bab akan datang, insecurity Fatima akan makin terserlah. I inform siap-siap dengan harapan yall tak akan hate her for being so insecure.

Hehe thank you for reading. Jangan lupa vote!

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now