“You nak beli apa?” Firhan menyoal sambil memutar stereng. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang mahu dibeli oleh Fatima. Kalau tidak, takkan lah Fatima tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk singgah di pasar malam.

“Putu mayam.”

“Putu mayam? You suka putu mayam?”

“Suka. Tapi dah lama tak makan.”

“Alahai... Kenapa you tak pernah beritahu? Kalau tak, I boleh belikan.” Baru bari ini Firhan tahu tentang hal itu.

“Now you know, kan?” Fatima jungkit kening. Sengaja mengusik.

Firhan tergelak. “Iya. Lepas ni, kalau I nampak mana-mana kedai jual putu mayam, I akan pastikan, I beli untuk you.”

“Serius?” Mata membulat teruja. Selama ini, ayah selalu berbuat perkara seperti itu. Sekarang ini, apabila Firhan sendiri yang tawarkan diri, dia jadi terharu.

Firhan mengangguk. “Serius.”

 

COME.” Turun sahaja dari kereta, Firhan terus mencapai tangan kecil Fatima. “You kena pegang tangan I. Orang ramai, I risau you hilang.”

“Takkan lah I hilang, Fir?”

“Mana tahu. You sudahlah kecil je.”

“Dosa.” Fatima menampar perlahan lengan Firhan dengan tangan kirinya. Tangan kanannya sudah selamat digenggam oleh Firhan.

“You ada apa-apa tak nak beli?” Fatima menyoal ketika mereka berdua sudah mula berjalan menyelusuri gerai-gerai jualan. Bermacam-macam bau yang menyelerakan dan menggoda nafsu hinggap di hidung. Kecur liurnya melihat juadah-juada yang dijual para peniaga.

“Tak tahu lagi.”

“You kena decide cepat-cepat. Karang, balik dengan tangan kosong, I tak tahu.”

Firhan tergelak. Ada-ada saja Fatima ini. “Mana satu gerai putu mayam yang kawan you cerita tu?” Di dalam kereta tadi Fatima ada bercerita sebab di sebalik craving yang datang tiba-tiba.

“Tak sure. Tapi, Kak Hanum beritahu nama gerai tu, Putu Gedik Mak Jah.”

“What?” Firhan terus menoleh memandang Fatima. Terkejut mendengar nama gerai yang langsung tak dijangka itu. Putu Gedik Mak Jah?

Fatima spontan tergelak melihat reaksi Firhan. Mujurlah ketika itu mereka berada di kawasan yang agak lenggang. Comel betul reaksi Firhan.

“You gula-gulakan I eh?” Firhan semerta berhenti melangkah. Fatima yang sedah ketawa itu dipandang dengan mata yang sengaja dipincingkan.

“Eh, mana ada lah.” Fatima menggeleng laju dengan tawa yang masih bersisa. “Memang itu yang Kak Hanum beritahu I.”

“Apa ke peliknya nama kedai tu?” Dahi Firhan sudah berkerut. Dia tidak faham sebab di sebalik nama yang boleh dikatakan luar alam.

“Itu cara nak attract customer kut...” Pemilik perniagaan sekarang sangat kreatif. Ada saja cara yang mereka aplikasikan demi menarik tumpuan orang ramai. “You takkan tak pernah dengar nama-nama kedai yang pelik gitu?”

“Pernah. Tapi tak adalah sepelik kedai putu ni.”

Sekali lagi Fatima tergelak. Tak boleh tahan mendengar komen Firhan.

“Seronok eh you gelakkan I?” Firhan mengeratkan tautan tangan mereka. Tidak puas hati melihat Fatima yang seperti makin rancak mentertawakannya.

“You lucu la, Fir.” Fatima sambung gelak. Susah tawanya mahu jeda. Namun, tiba-tiba sahaja tawanya mati apabila terasa sesuatu yang hangat menyentuh pipinya. Dekat sekali dengan juring bibirnya. Langsung jeda tawanya.

“Ha, dah puas gelakkan I?” Firhan jungkit kening.

Soalan Firhan dibiarkan bagai angin lalu. Tidak mampu bersuara apabila Fatima sudah merasakan seperti segala organ badannya ter-switch off. Raut wajah Firhan pun tidak berani dipandangnya. Wajah sendiri pula sudah terasa membahang semacam. Agaknya kulit kuning langsatnya juga sudah berubah rona. Tidak betah berada dekat dengan Firhan lagi, dia spontan menarik tangannya yang kejap digenggam Firhan. Sejurus selepas itu, Fatima menonong berjalan. Meninggalkan Firhan di belakang.


-----
Hai semua. Thank you sebab sudi baca story ni. Jujurnya, I'm not sure, if ada reader masukkan this book dalam library or not. Tapi, I'm glad bilangan reader bertambah, walaupun seorang dua day by day. I truly appreciate each of you. Thank you so so so much! <333 

I hope yall can leave some votes and comments. Kalau ada apa-apa yang yall nak I improve, please leave your opinion. I terima apa-apa jua pandangan yang membina.

And, I'm very sorry if there's any grammatical errors & typos.

Thank you again! May Allah bless.

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now