BAB 94

442 19 0
                                    

BAB 94

"You ok tak?" Soal Aafiya sebaik saja mereka turun dari kereta.

"Ok, sayang. Don't worry!" Qaizer senyum. Walaupun dia berjalan pun dah mula terhincut-hincut. Makin sakit pula rasanya. Macamlah selama ini dia tidak pernah mendapat sebarang kecederaan semasa bertinju. Mungkin inilah yang dinamakan 'tendangan wanita'. Bini sendiri pula tu. Bisa tu lain macam sikit.

"Kenapa dengan kaki kau tu bang?" Fawwaz terlebih dahulu menyoal. Pelik tengok Qaizer yang berjalan terhincut-hincut masuk ke dalam rumah. Kakak ipar dia dah lama hilang masuk dapur cari ummi. Bila dia tengok Qaizer serba-salah nak berikan jawapan, mulalah dia nak 'cemarkan' kepala sendiri. Gila ganas! Siapa yang ganas sebenarnya?

"Terlentang dalam bilik air!" Perhhh! Nampak sangat menipunya. Jawapan pendek je, tapi ambil masa seminit nak buka mulut.

Fawwaz mengekek gelak. Malas nak balas balik. Nanti makin kasar pula gurauan dia.

"Betul la jatuh dalam bilik air!" balas Qaizer sedikit geram.

"Eh! Aku tak cakap apa-apapun bang! Yang kau menggelabah semacam tu kenapa?" Fawwaz sambung gelak. Qaizer pula dah malas nak melayan. Baik dia naik ke atas rehat. Penat tak hilang lagi ni. Nasib baiklah ayah dia bagi pelepasan selama sebulan sebelum dia sambung semula segala kerja-kerja di pejabat. Rasa nak rehat sungguh-sungguh. Penat gila!

"Zer? Kaki tu kenapa?" Datuk Baharom pula tiba-tiba menyoal. Muncul entah dari mana. Qaizer yang baru menapak dua langkah dah terpaksa berhenti semula. Nak beri jawapan yang sama ke? Ataupun dia kena cipta alasan lain, sebab nak berterus-terang, itu awal-awal lagi tidak pernah terlintas dalam benaknya.

"Salahkan bilik air ayah! Bahaya betul bilik air kat hotel tu! Terutama kepada pasangan yang baru kahwin! Sampai terlentang abang dibuatnya!" Fawwaz terlebih dahulu buka mulut. Wakil Qaizer kononnya. Lepas tu cepat-cepat dia pergi dari situ.

"Woii!" muka Qaizer dah merah padam. Bertuah punya adik! Nasib baik kaki dia tengah sakit. Kalau tak, memang dia kejar Fawwaz sampai dapat. Bagi tendangan maut di tempat yang sama. Biar Fawwaz pula rasa betapa peritnya kesakitan yang dia kena tanggung.

"Errmm...nak ayah saman hotel tu ke?" giliran Datuk Baharom pula mengusik sambil sembunyi senyum.

Qaizer pula dah tak tahu nak sembunyi muka dia kat mana. Rasa nak menyorok bawah meja pun ada. Walaupun dia lelaki...sumpah dia malu gila! Ayah dia pula, sejak bila pandai berseloroh begitu? Sejak dapat menantu ke? Adeh!

"Fiya mana?" soal Datuk Baharom lanjut.

"Ada. Dia ke dapur rasanya tadi. Cari ummi."

Datuk Baharom angguk. Perlahan sebelah tangannya berlabuh di bahu Qaizer.

"Zer dengan Fiya...baik-baik saja kan?"

"Alhamdulillah ayah...baik-baik saja," jawab Qaizer penuh yakin. Ya! Dia nekad. Dia akan cuba jadi suami yang terbaik untuk Aafiya. Insya-Allah. 

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now