BAB 2

666 40 0
                                    


BAB 2

"Wah! Handsome! Kalau macam tu sekarang juga Fiya nak kahwin!" Aafiya tiba-tiba bangun dan menjerit teruja. Riak wajah terus bertukar. Sambil kelip-kelip mata. Renungan menyinga sebentar tadi sudah bertukar renungan comel dan manja. Seisi meja pegun.

"Over tu! Nampak sangat berlakonnya," bersahaja Qaizer bersuara. Membetulkan tali leher sendiri sebelum menarik kerusi dan duduk di sebelah adiknya. Senyuman sinis terukir. Aduh! Nasib baik dia tak 'terpedaya' dengan lakonan Aafiya. Tak sia-sia dia duk 'ulangkaji' siapa Aafiya anak Tan Sri Omar ni.

"Bagus la kalau you dah tahu. Handsome memang I akui handsome. Tapi sorry, I pernah jumpa yang lagi handsome dari you," Aafiya cebir bibir. Kembali duduk dan menyambung suapan roti bakar. Nak sentap. Itu bukan dia. Nak merajuk, itu lagi bukan dia. Sentap dan merajuk lepas tu pergi dari situ. Oh! Itu merugikan diri sendiri nama dia. Buat lapar perut. Sarapan sangat penting untuk dia terus bertenaga sebelum makan tengah hari. Jadi sebelum nak buat kerja tak berfaedah. Sila fikir dulu. Tapi dalam diam, dia kagum sebenarnya dengan lelaki yang sedang duduk depan dia saat ini. Rasanya tadi dia sudahpun berlakon sebaik mungkin. Tapi lelaki ni dengan tak ada perasaan boleh kesan dia punya lakonan.

"Oh! I pun sama sebenarnya. Dah ramai sangat I jumpa perempuan yang jauh lebih cantik dari you," Qaizer capai roti bakar. Disapu mentega disuapkan ke mulut. Sedikitpun tidak nampak kekok. Mereka berdua kembali bertatapan.

Amar dah siku Fawwaz. Fawwaz angkat bahu. Pelik tapi malas nak masuk campur. Kalau Amar dah kenal kakak dia. Fawwaz memang dah sah-sah kenal abang kandung merangkap kawan baik dan juga musuh dia dalam masa yang sama.

"Zer dengan Fawwaz makan dulu. Aunty nak ke dapur," Puan Seri Meriam minta diri. Senyuman masih kekal di bibir. Betul la kata suaminya, Qaizer anak Datuk Baharom ni lain macam sikit. Dan pagi ni, dia mula percaya seratus-peratus. Sangat lain.

'Zer? Untuk Qaizer? Amboi mama...bukan main manja lagi panggilan tu!' sempat Aafiya merungut dalam hati. Langkah mamanya diperhati sebelum dia kembali fokus pad lelaki yang buat hati dia sebal dalam diam.

"Kalau macam tu. Yang you beria-ria sangat terima tawaran daddy I kenapa? Pergi la kahwin dengan perempuan-perempuan yang jauh lebih cantik dari I tadi," sengaja Aafiya tekan perkataan cantik. Ingat aku hairan kalau kau puji perempuan lain. Alhamdulillah. Aku pun tak rugi tak kahwin dengan lelaki berlagak macam kau! Bisik Aafiya dalam hati.

"Oh! Itu you kena tanya hati I. Sebab I sendiri pun tak boleh nak kawal hati I. I pun pelik. Masa daddy you kenalkan I dengan you, walaupun sekadar dalam gambar, hati I dah berkenan dekat you. You know. Kadang-kadang hati ni kita tak mampu nak kawal. Sebab tu la manusia sering kalah dengan nafsu sendiri. Sama macam I sekarang ni. I kalah dengan kemahuan hati I. Kepala I cakap, kenapalah I boleh suka perempuan sombong dan berlagak macam you, tapi hati I asyik berdebar saja even sekadar sebut nama you. Dan I mengaku, kali ni I kalah dengan hati I," Fuh! Lancar sungguh dia susun ayat pagi ni. Dengan sendiri lidah lembut menuturkan kata-kata. Nasib baik. Nampaknya hati dia masih mampu nak jaga maruah tuan sendiri.

"Adui! Daddy...daddy. Kasanova sesat dari manalah daddy jumpa ni," Aafiya merungut perlahan. Tapi masih mampu didengari oleh telinga-telinga yang ada di situ. Tangan gapai cawan yang berisi tea o panas sebelum dihirup perlahan.

"Umur you berapa ye?" soal Aafiya tiba-tiba. Alang-alang lelaki ni macam nak sangat 'bermain' apa salahnya kalau dia layan.

"31. And you 29. Just nice kan?" Qaizer angkat kening. Sekeping lagi roti bakar dicapai dan pantas disapu mentega. Berselera tiba-tiba.

"Yeah! Apa-apa sajalah. Tak kuasa I nak layan you. Sila layan diri ye. I nak pergi kerja. Oh! Sedap sangat ke roti tu?" sempat Aafiya menyoal. Perli sebenarnya. Baru sekejap lelaki tu duduk dah mampu habiskan dua keping roti bakar. Lepas tu tangan lelaki tu dalam proses nak capai kepingan roti yang ketiga. Kebulur ke apa?

"Sedap! Tambah sedap dengan adanya you depan I," Qaizer sapu lagi mentega pada kepingan roti yang dah ada di tangannya. Feya dah terkelu. Sesaat kemudian kedengaran tawa halus dari bibir sendiri. Pagi-pagi lagi daddy dia dah hantar pelawak ke sini.

"Why? I ada buat lawak ke?"

"Tak...I tertanya-tanya berapa lama daddy I latih you sehingga you boleh capai tahap yang mengagumkan sangat ni, ya?"

"Why? You dah terpikat ke?"

"Perempuan lain I tak tahu. Kalau I...no! I pergi dulu. Selamat menjamu selera. Oh! Encik Qaizer. Honestly...you nampak lagi handsome and charming kalau you diam. Sebab annoying la bila you banyak sangat bercakap ni," Afiya melangkah meninggalkan meja makan. Dah! Cukup! Kesabaran dia pun ada had juga. Nanti tak pasal-pasal dia sumbat kesemua roti bakar tu dalam mulut Qaizer. Dah sedap sangat kan? Makan semua!

"Cik Aafiya," panggil Qaizer. Tapi dia tak toleh. Sebab dia yakin Aafiya akan menghentikan langkahnya.

"Nama I Qaizer Zafar bin Datuk Baharom. Jangan lupa google ye. Oh! Nanti I call you tetapkan bila kita boleh keluar bersama. Bye sayang. Drive carefully!"

"Ya Allah! Tolonglah! Annoying giler kut!" jerit Aafiya kuat. Biar seisi rumah dengar. Kalau boleh, biar luar rumah pun boleh dengar juga. Sakit hati. Sungguh rasa nak hempuk saja lelaki tu.

"What happened to you?" Fawwaz siku abang dia.

"Shut up!"

"Abang Zer telan ubat apa ek?" Amar pula menyoal.

"Huh?"

"Gila kental. Hebat abang boleh bertahan dengan bahasa sopan santun Along tu!"

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now