BAB 32

359 22 0
                                    

BAB 32

Aafiya menghabiskan anak tangga terakhir. Mata melilau mencari kelibat Qaizer. Lelaki itu sedang berdiri mengadap kolam renang sambil menikmati pemandangan di sekitar taman mini milik mama. Huh! Duduk la kau kat situ sorang-sorang. Aafiya menyambung langkahnya menuju ke dapur. Sebaik sahaja sampai di dapur, dia tengok mama dan dua orang gaji mereka sedang sibuk menyiapkan makanan tengahari.

"Mama tak beritahu pun mamat tu nak datang sini?" terjah Aafiya.

"Saja mama nak buat surprise...tak boleh?"

"Itu bukan surprise itu buat naya namanya mama," Aafiya dah membebel. Masih tak dapat nak hilangkan bayangan sebabak sebentar tadi.

Mencicit dia lari naik ke atas apabila ternampak batang tubuh Qaizer muncul tanpa diduga. Manalah dia tahu lelaki tu nak datang. Dia selamba pakai pakaian yang sedikit seksi memandangkan semua orang tak ada kat rumah kecuali mama. Patut la mama bukan main sibuk lagi kat dapur. Rupa-rupanya dia ajak Qaizer makan tengah hari kat rumah.

"Mama tak perasan yang Fiya pakai seksi tadi. Fiya pun satu, macam mana boleh terfikir nak keluar bilik dengan pakai macam tu,"

"Fiya buat yoga kat bilik tadi...dahaga, nak turun minum tapi malas nak tukar baju. Lagipun adik-adik dengan daddy mana ada kat rumah kan?" Aafiya bagi alasan. Nasib baiklah pakaian tu kira masih dalam kategori seksi tak melampau. Ye ke? Yalah kut. Lagipun dia amat hati-hati bab berpakaian walaupun kat rumah. Sebab dia tahu, dia ada adik-adik lelaki. Benda tu daddy dan mama dia dah terapkan dalam diri dia sejak kecil.

"Daddy tak ada ke...adik-adik tak ada ke. Fiya tu perempuan. Jaga adat dalam berpakaian sikit. Pakaian ke pejabat sekalipun. Dah banyak kali mama suruh Fiya ubah gaya berpakaian kan? Mama tak suka anak perempuan mama pakai seksi-seksi ni?"

"Seksi? Mana ada Fiya seksi. Fiya sentisa sopan apa. Selama ni keluar rumah Fiya pakai seluar panjang kut! Tak pernah pun Fiya pakai skirt pendek!" Aafiya masih nak tak nak kalah. Lagipun dia tak pernah dedah betis ke, buka bahagian dada luas-luas ke. Dia tertutup semua kut! Cuma bab ketat, ikut badan tu. Itu style nama dia! Tetap tak nak kalah!

"Seksi tak semestinya skirt pendek! Kalau pakai baju penuh, seluar panjang sekalipun, tapi melekat ikut body sopan apanya!" Hah! Ambik kau Aafiya. Sebiji kena atas batang hidung. Siap pakej cubitan lagi kat bahu. Aafiya mengaduh sakit.

"Fiya tu anak perempuan...dosa-dosa Fiya daddy yang tanggung. Tak kesiankan daddy ke?" Puan Sri Mariam dah masuk bab tazkirah. Dah habis modal dia nak menasihati satu-satunya anak perempuan dia. Tapi selagi dia masih hidup, dia akan terus ulang benda yang sama walaupun anak dia jemu mendengar sekalipun. Dia ibu, sudah tentu seorang ibu mahu anak-anaknya menjadi anak yang solehah.

"Apa mama ni?" Aafiya mula merengek. Mula la tu nak main psikologi.

"Betullah!"

"Tak dapat seru lagi la mama," jawapan klise. Muncung dah sedepa ke depan.

"Mati tak ada seru-seru. Bila-bila masa boleh mati!"

Uit! Mama dia bergurau kasar. Sentap sekejap! Melopong jugalah dia dengar. Tapi dia tahu, mama nasihat demi kebaikan dia. Cuma nak menerima tu payah. Entah la. Dia mengaku dia sangat degil!

"Habis tu...takkan kita nak lunch bertiga je?" Aafiya ubah topik perbualan.

"Kejap lagi daddy balik. Amar pun katanya balik makan tengah hari," tangan Puan Sri Mariam masih lincah memasukkan lauk-pauk ke dalam pinggan. Dan Aafiya, dia rasa malas sangat nak membantu. Tak ada mood tiba-tiba.

"Dah! Pergi layan Qaizer kat luar tu. Kesian dia sorang-sorang,"

"Biarlah dia! Siapa suruh dia datang! Mama pun macam tak tahu yang Fiya tak suka benda-benda macam ni. Hujung minggu ni mama. Mama kan tahu, kalau Fiya kat rumah maknanya Fiya nak rehat,"

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now