BAB 73

373 20 0
                                    

BAB 73

Sebenarnya sebelum kepulangan Qaizer ke Malaysia, Rafiq membuat pertemuan dua mata dengan Izzati. Sebab waktu itu, dia rasa hanya Izzati saja yang mampu menolong dia untuk bawa Qaizer balik semula ke Malaysia.

"Awak tak rasa pelik ke?" Izzati menyoal. Lucu sungguh mendengar permintaan kawan baik Qaizer ni. Kalau tak memikirkan mereka tak berapa kenal sangat dah lama dia bantai gelak.

"Apa yang peliknya?" berkerut dahi Rafiq. Dia salah cakap ke?

"Dalam hal ni siapa yang salah? Bff awak tu yang salah tau! Dari awal lagi saya pelik...semua macam terbalik. Yang buat salah Qaizer, tapi yang merajuk sampai bawa diri ke luar negara pun Qaizer...sampai tak nak balik Malaysia. Fiya rileks saja teruskan hidup macam tak ada apa-apa berlaku. Eh! Sekarang ni awak pula nak saya tolong awak macam mana nak suruh Qaizer balik semula ke sini? Dah la dia kawan baik awak...bukan kawan baik saya!" Ambik kau! Lelaki ni kadang-kadang perangai pelik mengalahkan perempuan. Emosi tak stabil macam 'datang bulan'! Contoh terdekat Qaizer tu la. Eh! Dia yang buat salah dia pula yang merajuk.

"Ketepikan dulu soal siapa salah siapa betul, boleh tak? Cik Izzati...saya kenal Qaizer. Dia takkan balik semula ke sini kalau tak ada sebab yang kukuh. Satu-satunya sebab kukuh yang saya mampu fikir sekarang ni...Aafiya. Tapi saya tak tahu nak beri alasan apa yang ada kaitan dengan Aafiya. Tapi saya tahu hati Qaizer tak pernah berubah. Aafiya cinta pertama dia dan Insya-Allah dia juga mahu Aafiya jadi cinta terakhir dia. Saya pun yakin Aafiya juga cintakan Qaizer...anggap saja awak tolong Aafiya dan saya tolong Qaizer. Takkan awak tak nak tengok kawan baik awak sendiri hidup bahagia?" Aihhh! Tiba-tiba saja kepala Rafiq gagal nak berfikir seperti selalu. Ayat berterabur. Buntu sebenarnya. Dalam masa yang sama, dia mana biasa duduk bercakap dengan orang yang dia tak kenal sangat lama-lama begini. Perempuan pula tu. Dah la bini dia tak tahu! Tapi tak apa, dia bukannya buat salah pun. Sekadar nak membantu sahabat baik sendiri.

"Habis tu awak nak suruh saya buat apa? Saya ni kawan Fiya je pun. Kenapa awak tak minta tolong dari Fiya sendiri?" tanya Izzati walaupun dia yakin tipis untuk Aafiya hulurkan bantuan. Bukan Izzati tak tahu bagaimana bencinya Aafiya pada Qaizer. Nama Qaizer pun dah diharamkan oleh Aafiya untuk menyebutnya. Itu lagi seorang yang buat kepala dia pening. Mulut kata benci, tapi hati, tak payah cakap pun dia tahu Aafiya cinta mati kat Qaizer.

"Awak jangan tanya soalan yang awak sendiri dah tahu jawapan boleh tak?" Hangin pula Rafiq dengan kawan baik Aafiya ni.

"Eh! Yang awak nak sentap dah kenapa?" Izzati balas balik. Dah la datang nak minta tolong, tapi terlebih emo pulak!

"Cik Izzati...boleh ke tak? Awak ada cara macam mana nak tolong saya?" Rafiq lembutkan semula bicaranya. Aihhh! Boleh tahan mulut kawan baik Aafiya ni. Macam Aafiya juga.

"Entah! Kalau nak suruh saya pujuk Fiya suruh Fiya pujuk Qaizer...terus-terang saya cakap, harapan tu tinggal harapan sajalah. Ego minah tu boleh tahan tingginya. Boleh pening kepala kalau nak melayan...tapi...kejap..."

Kepala Izzati terfikirkan sesuatu. Beg tangan LV miliknya diselongkar sebelum dia mengeluarkan i-pad dan tangannya pantas menari-nari di skrin i-pad tersebut.

"Kalau guna ni boleh?" Izzati hulurkan i-pad pada Rafiq. Rafiq sambut. Kini giliran lelaki itu pula fokus pada skrin i-pad milik Izzati. Mata dah terbuntang luas, tangannya sekali sekala turut bergerak-gerak menyentuh skrin i-pad tersebut.

"Ini...."

"Dekat fan pages kelab konvoi kita orang,"

"Ini gambar betul ke?"

"Yalah...takkan menipu pulak!" jawab Izzati.

"Gambar lama?"

"Gambar barulah! Tengoklah tarikh bila gambar dipost!"

"Mana la tahu 'lempar belakang'!" Rafiq telan liur sendiri. Siapa mamat ni? Orang buta pun boleh nampak betapa mamat ni 'tangkap cintan' dengan Aafiya. Cara mata lelaki tu melirik pandang Aafiya pun dah boleh jelaskan segala-galanya. Tiba-tiba bibir Rafiq merekah dengan senyuman. Tengok paras rupa, karisma, bentuk badan, perrhhh...sah! Dia yakin sangat Qaizer bakal tercabar!

"Hantarkan semua gambar-gambar ni pada saya," Rafiq serahkan semula i-pad kepada Izzati.

"Boleh guna ke idea ni?"

"Dah lebih dari boleh ni. Percayalah cakap saya!"

Lepas kejadian itu, memang Rafiq buat apa yang dia cakap. Tapi sebulan lepas tu barulah Qaizer buat keputusan nak balik. Lambat! Macam gambar yang Rafiq hantar kepada Qaizer langsung tidak memberikan kesan.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now